Restoran Tawar Diskaun Mengikut Saiz Coli Dikecam Netizen

#1




Bagi para peniaga dan pengusaha makanan pasti akan melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian pelanggan. Ada yang menawarkan harga istimewa untuk tempoh tertentu ataupun pembelian percuma atau diskaun untuk barangan kedua.



Malah di negara China,contohnya dua tahun lalu, sebuah restoran di Henan menawarkan makanan percuma bagi kaum lelaki dan wanita yang memiliki rupa paras yang cantik.



Terkini, restoran Trendy Shrimp yang terletak di dalam sebuah kompleks beli belah di bandar Hangzhou telah menawarkan diskaun kepada pelanggan wanita bergantung kepada saiz bra yang dipakai.








Memetik laporan Shanghaiist, sebuah poster penyata yang memaparkan gambar animasi dengan saiz payu dara yang berbeza termasuk senarai diskaun yang akan diberikan berdasarkan saiz bra ditampal diluar restoran untuk tujuan promosi.



"Lebih besar bra tersebut, lebih banyak diskaun yang akan ditawarkan".



Wanita dengan saiz A-cup akan mendapat diskaun 5% sementara mereka yang bersaiz G-cup akan mendapat diskaun 65%.



Bagaimanapun, tindakan promosi tersebut menerima kecaman hebat oleh orang awam yang melabelkan gimik itu sebagai diskriminasi terhadap kaum wanita. Difahamkan, poster tersebut tidak lagi dipamerkan di luar kedai baru-baru ini.