Yonnyboii Selesa ‘Berkepit’ Dengan Isteri, Tak Sanggup Tanggung Perasaan Rindu

Tidak lama lagi, penyanyi Yonnyboii dan isteri tercinta, Nik Nazira Narriman akan menyambut ulang tahun perkahwinan (anniversary) yang pertama.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Saya Bukan Artis, Pasti Isteri Tidak Dikecam Teruk’ – Yonnyboii

Tak pernah berjauhan

Menurut Yonnyboii, dia dan isteri tidak pernah berjauhan dan memilih untuk ‘berkepit’ sejak mereka mendirikan rumah tangga.

Ketika ditemui OhBulan!, penyanyi berumur 24 tahun akui tidak sanggup menanggung rasa rindu dalam tempoh masa yang lama.

Setakat ini kami tak pernah berjauhan. Dia akan mengikut dan menemani ke setiap lokasi kerja saya. Saya juga melakukan hal sama terhadapnya.

Bukan tak mahu berenggang tetapi belum bersedia untuk melalui rasa rindu terhadap pasangan. Kami selesa begini dan rumah tangga pun tak sampai setahun, saya anggap masih dalam tempoh berbulan madu.

Tambah pemilik nama Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, mereka menggunakan masa berdua sebaik mungkin sebelum kedatangan cahaya mata kelak.

Masih belum ada khabar gembira tetapi sebelum ada anak inilah, kami habiskan masa bersama, berkepit setiap masa.

Soal anak, kami berserah dan jika ada rezeki, Alhamdulillah.

Saling sokong karier

Dalam pada itu, pelantun lagu Sakit memberitahu Nazira pernah menerima tawaran berlakon namun menolak kerana ingin memberi keutamaan kepada suami.

Selain kerjanya sebagai pempengaruh media sosial, dia juga ada terima tawaran berlakon. Saya sokong kariernya dan bangga dengan setiap apa yang dilakukannya.

Sebenarnya sebelum ini dia ada juga terima tawaran berlakon drama tetapi menolak kerana kami sama-sama tak mahu rasa rindu. Dia utamakan saya.

Terdahulu, Yonny dan Nazira mendirikan rumah tangga di sebuah premis perkahwinan di Ampang, Kuala Lumpur pada 20 November tahun lalu.

Sumber: Instagram @yonnyboii


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/yonnyboii-selesa-berkepit-dengan-isteri-tak-sanggup-tanggung-perasaan-rindu