Yakin Anak Hidup Kembali, Suami Isteri Simpan Jenazah Anak Lebih 2 Bulan Di Rumah

![|650x499](upload://p9vO3SQduBJWecP8S47MiXaND2r.png)

Sekadar gambar hiasan

Penduduk di Desa Plakaran, Jawa Tengah, Indonesia dikejutkan dengan penemuan jenazah seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di dalam sebuah rumah pasangan suami isteri.

Simpan jenazah anak sehingga lebih dua bulan

![|650x453](upload://2R374jgfAa8vtk2pt6Rm4rUK7eu.png)

Memetik laporan Detik News, jenazah remaja perempuan berkenaan dipercayai telah disimpan oleh ibu bapanya sendiri selama lebih dua bulan di dalam bilik. Hal ini kerana, pasangan suami isteri terbabit yakin bahawa anak mereka boleh hidup kembali.

Lebih mengejutkan lagi apabila pasangan suami isteri itu mempercayai bahawa orang yang telah meninggal dunia boleh hidup kembali dengan menggunakan kaedah ritual.

Difahamkan, hasil pemeriksaan kesihatan terhadap mayat remaja berkenaan mendapati punca kematiannya disebabkan oleh penyakit Tibi Pulmonari (Tuberkulosis) sejak enam bulan lalu.

Hasil daripada sejarah penyakitnya, remaja berkenaan didapati menghidap penyakit Tibi sejak enam bulan lalu dan hasil pemeriksaan keadaan mayat, dia disyaki meninggal dunia sejak lebh dua bulan yang lalu.

Penduduk kampung serbu rumah

![|650x412](upload://afecR1psziSNttrjFyNYPuqx1do.png)

Walau bagaimanapun, ketika penduduk kampung menyerbu rumah terbabit, mereka terkejut melihat mayat remaja perempuan itu telah diawetkan.

Menurut Ketua Agama, Ustaz Zaenuri menjelaskan hukum mengenai pengebumian jenazah dan akhirnya pasangan tersebut bersetuju untuk mengebumikan mayat anaknya semula. Susulan daripada itu, mayat tersebut telah dikebumikan di kawasan perkuburan yang berdekatan dengan rumah mereka.

Sumber : Detik News


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/yakin-anak-hidup-kembali-suami-isteri-simpan-jenazah-anak-lebih-2-bulan-di-rumah