‘Whatsapp Tak Balas, Call Pun Tak Jawab’ – Zaki Yamani ‘Buka Mulut’ Ibu Bukan Penghalang Jumpa Ayah

Hubungan dingin antara penyanyi, Datuk Jamal Abdillah dengan anaknya, Zaki Yamani kini semakin panas apabila wujud percanggahan kenyataan di antara mereka berdua.

Di Instagram, Zaki tampil menegaskan tidak ada mana-mana pihak termasuk ibunya bertindak menghalang mereka untuk berjumpa.

Tolong call Zaki

Assalamualaikum, nama saya Zaki Yamani. Berkenaan dengan isu emak saya halang ayah saya daripada jumpa saya adalah tidak benar. Jadi baba kalau boleh hentilah burukkan mummy. Sebab Zaki sakit dia yang jaga Zaki dan dia yang ada dengan Zaki dekat hospital. Baba sebenarnya boleh saja jumpa Zaki. Baba janji nak jumpa dengan Zaki hari itu tapi tak jumpa. Zaki Whatsapp pun baba tak balas, call pun tak jawab. Kalau boleh henti burukkan mummy lagi.

Menurut Zaki, ibunya bukan punca hubungan di antara mereka tidak baik. Tambah Zaki, dia memohon kepada ayahnya untuk tidak bercakap sebarang perkara buruk mengenai ibunya lagi. Ujar Zaki, ibu merupakan insan yang selalu berada di sisinya di saat susah mahupun senang.

Dah berminggu diam

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zaki Yamani (@zakiyamani._)

Kalau baba dapat video tolong call zaki dan balas lah whatsapp zaki. Dah berminggu tak balas diam je.

Terdahulu, Jamal Abdillah dipercayai mendakwa bekas isterinya, Fatimatuzahra Samad menjadi penghalang ikatan kasih sayang di antara dia dan anaknya.

Sumber: Zaki Yamani


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/whatsapp-tak-balas-call-pun-tak-jawab-zaki-yamani-buka-mulut-ibu-bukan-penghalang-jumpa-ayah