Warga Emas Terlantar Sakit Dalam Bangunan Penuh Sampah Diselamatkan JKM

Sekadar gambar hiasan

Penderitaan seorang warga emas di Melaka yang terlantar sakit di atas tilam nipis dan kotor di sebuah bangunan terbengkalai akhirnya berakhir selepas dia diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Terlantar sakit di atas tilam nipis & kotor

Foto: Sinar Harian

Menerusi laporan Sinar Harian, warga emas berkenaan yang berusia 63 tahun dipercayai menetap di dalam sebuah bangunan yang dipenuhi sampah sarap dan sisa bangunan serta makanan sejak dua tahun lalu. Ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Alex Seah Shoo Chi lelaki berkenaan telah lama tinggal di Melaka dan pernah bekerja sebagai juruteknik pendawaian elektrik sebelum jatuh sakit.

Jelasnya lagi, warga emas itu tidak boleh bangun akibat sakit pada kaki dan hanya mengharapkan simpati penduduk setempat bagi mendapatkan makanan dan minuman.

Menyedihkan kerana dia terpaksa membuang air kecil dan besar berdekatan tempat tidurnya kerana sukar untuk bergerak hingga menyebabkan tempat ini berbau kurang menyenangkan.

Melihat keadaan ini, dia perlu dipindahkan segera ke tempat lain sebelum memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar nasib individu ini terbela.

Susulan daripada itu, Shoo Chin bersama pihak JKM mengambil masa kira-kira 20 minit bagi membawa turun lelaki berkenaan berikutan dia enggah berpindah dari kawasan tersebut.

Namun dia perlu dipindahkan demi keselamatan dan kesihatan lebih baik serta kehidupan lebih terjamin di bawah pemerhatian JKM.

Sumber: Sinar Harian


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/warga-emas-terlantar-sakit-dalam-bangunan-penuh-sampah-diselamatkan-jkm