Warga Emas Maut Dipijak Gajah, Mayat Dihempap Gajah Yang Sama Ketika Upacara Pengebumian

Foto: Daily Mail

Seorang wanita berusia 70 tahun dilaporkan maut selepas dipijak oleh seekor gajah di kampung Raipal, India Timur. Lebih mengejutkan apabila mayat mangsa kemudian dihempap oleh haiwan yang sama ketika di majlis pengebumiannya.

Maut dihempap gajah

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Daily Mail, mangsa yang dikenali dengan nama Maya Murmu dipercayai diserang oleh gajah terbabit ketika sedang mengambil air di kampung berkenaan. Mangsa yang mengalami kecederaan parah akibat dipijak haiwan tersebut telah dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Tetapi apa yang tidak disangka-sangka, gajah tersebut dikatakan telah datang semula ke upacara pengebumian mangsa dan menghempap atas mayat wanita berusia 70 tahun itu buat kali keduanya. Bagaimanapun, upacara tersebut diteruskan selepas gajah berkenaan beredar dari kawasan itu. Menurut sumber, gajah berkenaan dipercayai terlepas dari Pusat Perlindungan Hidupan Liar Darma di negeri Jharkhand iaitu kira-kira 200 kilometer dari kampung Raipal (lokasi kejadian).

Menerusi laporan media India, kira-kira 100 hingga 300 orang dilaporkan telah terbunuh setiap tahun di India disebabkan oleh serangan gajah.

Sumber: Daily Mail


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/warga-emas-maut-dipijak-gajah-mayat-dihempap-gajah-yang-sama-ketika-upacara-pengebumian