Warga Emas 90 Tahun Kahwin Dengan Bekas Kakak Ipar, Jarak Umur 62 Tahun

Sekadar gambar hiasan

Seorang warga emas berusia 90 tahun di wilayah Sulawesi Tenggara, Indonesia menjadi perbualan hangat warganet gara-gara dia berkahwin dengan bekas kakak iparnya selepas dia bercerai dengan isterinya.

Kahwin dengan bekas kakak ipar

Lelaki berkenaan yang bernama Paduai berkahwin dengan Shintia, 28, yang merupakan kakak kandung bekas isterinya, Shinta.

Menurut Shinta, dia mengakui berasa terkejut apabila mendapat tahu bahawa bekas suaminya itu menjalinkan hubungan cinta dengan kakak kandungnya sendiri.

Saya tak tahu sejak bila mereka rapat sebab saya tak ada dekat kampung kerana saya kat luar untuk mencari kerja.

Walau bagaimanapun, dia tidak mempunyai masalah jika kakaknya berkahwin dengan bekas suaminya itu, malah dia turut berasa bahagia melihat pasangan berkenaan.

Dah lama berpisah dengan bekas suami

Dalam pada itu, wanita berusia 25 tahun itu turut mengesahkan bahawa dia sudah lama berpisah dengan bekas suaminya itu sebelum lelaki berkenaan membuat keputusan untuk berkahwin dengan kakaknya.

Selepas berpisah dengan Paduai pada 2018. Lepas 3 bulan berkahwin, kami buat keputusan untuk bercerai lepas tu barulah kakak saya berkahwin dengannya. Saya doakan yang terbaik untuk mereka.

Difahamkan, pasangan terbabit telah melangsungkan perkahwinan pada 14 Jun lalu. Malah, majlis terbabit turut dihadiri oleh Shinta sendiri.

Sumber : Detik News


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/warga-emas-90-tahun-kahwin-dengan-bekas-kakak-ipar-jarak-umur-62-tahun