Wanita Terkejut Mengandung Sekali Lagi Ketika Sedang Berbadan Dua

Sekadar gambar hiasan

Luar daripada kebiasaan, seorang wanita di Texas, Amerika Syarikat dilaporkan mengandung setelah sebulan disahkan berbadan dua.

Kisah ajaib

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Wion News, wanita dikenali sebagai Cara Winhold, 30, dilaporkan selamat melahirkan bayi kembar seiras selang enam minit. Winhold sebelum ini, hamil pada Februari tahun lalu sebelum disahkan berbadan dua sekali lagi selepas sebulan kemudian.

Saya berkata kepada doktor, Apa yang berlaku? Dia (bayi) tidak berada di sana ketika awal pemeriksaan.

Difahamkan proses tersebut dikenali sebagai superfetasi di mana kehamilan disahkan semasa kehamilan sedia ada. Menurut laman web kesihatan Amerika Syarikat, ianya boleh berlaku dalam masa beberapa hari atau minggu selepas kehamilan pertama.

Doktor berkata bahawa saya berkemungkinan besar menga­lami ovulasi dua kali, mengeluarkan dua telur dan disenyawakan pada masa yang berbeza kira-kira seminggu. Saya seratus peratus percaya bahawa kehamilan ini adalah satu keajaiban

Difahamkan pasangan ini mempunyai anak pertama pada tahun 2018 sebelum Winhold mengalami keguguran sebanyak tiga kali ketika mereka cuba menambah anak.

Sumber: Wion News


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/wanita-terkejut-mengandung-sekali-lagi-ketika-sedang-berbadan-dua