Wanita Meninggal Dunia Selepas Sesak Nafas Ketika Mendaki

![|650x341](upload://ltDhutQf1v7HSCaL9t9DPdSyoTe.jpeg)

Seorang wanita disahkan meninggal dunia selepas dipercayai mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti mendaki.

Meningal dunia ketika mendaki

![|650x441](upload://uLVChzSEg5QdYeetOiiiZOWiS5u.jpeg)

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang dikenali dengan nama Rozlina Sharina Rosedi bersama dua lagi rakannya telah ke Bukit Bohey Dulang di Semporna, Sabah untuk melakukan aktiviti mendaki. Menurut Ketua Polis Daerah Semporna iaitu Supritendan Mohd Farhan Lee Abdullah, ketika mendaki, mangsa yang merupakan Kakitangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) ada mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri.

Kakitangan Taman-Taman Sabah memberi bantuan kecemasan sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan lanjut. Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut doktor di hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia.

Sementara itu, mayat mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Tawau untuk dibedah siasat. Siasatan berhubung kes ini masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumber: Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/wanita-meninggal-dunia-selepas-sesak-nafas-ketika-mendaki