Wanita Mengandung Ditemui Maut Di Tempat Duduk Pemandu Dengan Kesan Tembakan

Di Pasir Mas, Kelantan, seorang wanita mengandung ditemui maut dengan kesan tembakan pada perutnya. Mayat wanita tersebut dijumpai di dalam sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang diparkir di tepi jalan berhampiran Kampung Repek, semalam.

Terdapat kesan tembakan

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, mayat mangsa yang berusia 26 tahun itu dipercayai sedang mengandung tujuh bulan dan ditemui orang awam kira-kira jam 4 petang. Tambahnya, hasil keterangan saksi awam mendapati kenderaan berkenaan disedari berada di tepi jalan itu sejak hari Jumaat.

Mayat mangsa ditemui di tempat duduk pemandu dengan terdapat kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri. Terdapat satu kelongsong peluru pada bahagian kaki penumpang belakang sebelah pemandu. Temu bual dengan ibu mangsa memberitahu mangsa yang juga peniaga mengandung tujuh bulan.

Tambah Zaki, semakan awal mendapati kenderaan tersebut didaftarkan atas nama mangsa.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat manakala siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berikutan penemuan mayat tersebut, pihak polis telah menangkap seorang lelaki berusia 40 tahun yang bekerja sebagai buruh kampung bagi membantu siasatan.

Sumber: Astro Awani


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/wanita-mengandung-ditemui-maut-di-tempat-duduk-pemandu-dengan-kesan-tembakan