Wanita Koma Dibelasah Suami Selamat Lahirkan Bayi Secara Czer

![|650x481](upload://piSwhppLQk4smgWUMQBawXOJ46y.png)

Nasib malang menimpa seorang wanita apabila dia dipercayai dipukul sehingga koma oleh suaminya pada 4 Mei lalu. Lebih pilu lagi apabila wanita berkenaan dipercayai sedang hamil.

Artikel berkaitan : Mata Mula Berkelip-Kelip, Wanita Koma Dibelasah Suami Kini Sudah Separuh Sedar

Artikel berkaitan : ‘Aku Doakan Hidup Kau Tak Tenang’ – Adik Wanita Koma Dipukul Suami Harap Hukuman Setimpal Dikenakan

Artikel berkaitan : Lelaki Pukul Isteri Sampai Koma Mengaku Tak Bersalah, Sebenarnya Ada 4 Isteri!

Terbaharu, Jahidah Nordin selamat melahirkan cahaya mata dengan kaedah emergency czer walaupun masih berada dalam keadaan koma.

Air ketuban pecah terpaksa emergency czer

![|650x459](upload://7XroDxiR5D8HFAPpftbkBOrituV.png)

Menerusi perkongsian adik kepada Jahidah iaitu Fazariah Nordin di Facebook, dia mengatakan bahawa air ketuban kakaknya telah pecah dan terpaksa melakukan emergency czer untuk mengeluarkan bayi.

Sebelum kakak dimasukkan ke dewan pembedahan, kami sempat lagi video call dengan kakak. Nurse bagi tengok kakak sebelum bedah.

Ujarnya lagi, dia meluahkan rasa risau tetapi dalam masa yang sama berasa teruja kerana kakaknya bakal menimang cahaya mata. Adiknya juga memberitahu bahawa mereka telah membuat majlis bacaan Yassin untuk kakaknya yang dihadiri oleh pihak masjid.

Selama sejam majlis tu berlangsung, siap dah makan-makan, kami pun menanti lah doktor telefon.

Hati memang dah risau sangat-sangat. Apa keadaan ibu dan bayi.

Berada dalam keadaan stabil

![|650x488](upload://r17hnNA3yqEiAFcAJiR6RE5LMMg.png)

Dalam pada itu, Jahidah dikatakan berada dalam keadaan stabil, namun masih memerlukan pemantauan dalam tempoh 24 jam. Jika keadaannya stabil, dia akan dihantarkan ke wad biasa.

Doakan untuk kakak ya harap kakak kuat.

Susulan daripada itu, pihak hospital telah menghubungi adiknya untuk memberitahu bahawa Jahidah telah selesai menjalani pembedahan dan bayinya berada dalam keadaan sihat.

Dalam lebih kurang jam 11.15 malam, doktor telefon dan beritahu yang pembedahan dah selesai. Bayi keluar-keluar je menangis. Bayi sihat Alhamdulillah. Tapi doktor nakkami datang esok pagi untuk lihat sendiri baby.

Tak sabarnya nak jumpa baby dan kakak. Harap ibu dan bayi dapat bersatu. Harap kakak akan segera sedar dan dapat merasai nikmat ibu. Bayi memang kuat dan sentiasa bersama-sama ibunya walau apa jua keadaan. Allahuakhbar.

Sumber : Fazariah Nordin


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/wanita-koma-dibelasah-suami-selamat-lahirkan-bayi-secara-czer