Wanita Geram Ibu Mentua Bagi Anak Duit Beli Dadah, Bila Tegur Disuruh Jaga ‘Kubur Sendiri’

![|650x506](upload://iYNAzNStA9NadfvoYuvlIpwPhVB.jpeg)

Sekadar gambar hiasan

Seorang Peguam Syarie, Amalina Adam menerusi satu perkongsiannya di Facebook menceritakan mengenai luahan seorang isteri apabila ibu mentuanya sanggup memberikan duit kepada suaminya untuk membeli bahan terlarang.

Habis ternakan orang kampung dicuri

![|650x500](upload://f9HZlFPfSjfrRitoxeSb86CV5n3.png)

Sekadar gambar hiasan

Kisahnya bermula apabila si isteri terpaksa bekerja sambilan di sebuah gerai makanan di bandar dengan pendapatan yang dibayar secara harian demi menyara keluarga. Si suami hanya bekerja jika dia ‘mahu’.

Pekerjaan suaminya sangat mudah iaitu mencuri ternakan orang kampung dan menjualnya di pasar tani luar dari negeri tersebut. Apabila ditanya jika suami tak mencuri di mana suami dapat wang?

Jawapan isteri tersebut ibu mentuanya lah yang memberi wang kepada suaminya jika suaminya tidak mempunyai wang untuk membeli dadah, ketum dan sebagainya.

Ujar si isteri lagi, habis ternakan orang kampung telah dijual oleh suaminya itu. Lelaki berkenaan mencuri pada waktu malam sehingga sebelum subuh dan dia tidak tahu kampung mana lagi menjadi mangsa suaminya itu.

Lebih menyedihkan lagi apabila ahli keluarganya telah menghalaunya keluar daripada rumah selepas mendapat tahu bahawa dia bersama suaminya sudah bernikah di Thailand dan sebelum bernikah dia tidak tahu bahawa suaminya itu adalah seorang penagih dadah.

Namun, sehingga kini pernikahan mereka itu tidak disahkan di Malaysia dan surat menyurat serta sijil nikah di Thailand pun dia tidak tahu di mana diletaknya.

Buntu mentua tidak mahu bantu

![|650x449](upload://vpeSGDAq462MkKngWYuU6hKPlvs.jpeg)

Sekadar gambar hiasan

Walau bagaimanapun, si isteri berasa buntu apabila dia meminta bantuan daripada mentuanya untuk mengesahkan pernikahan mereka tetapi mentuanya sering memberi pelbagai alasan kerana tidak mahu menolongnya.

Apabila isteri meminta bantuan mentua untuk membantunya mengesahkan pernikahan mereka tetapi mentua asyik memberi alasan “tiada wang” sedangkan keluarga mentua ada perniagaan “ikan masin” yang menjadi kegemaran di salah sebuah negeri mereka menetap.

Amatlah mustahil jika tiada wang untuk membantu sedangkan ibu mentua sendiri memberi wang kepada suami untuk membeli dadah. Segala jenis dadah suami sudah ambil.

Wanita berkenaan seperti sudah tidak tahu hendak buat apa memikirkan keadaannya kerana dia berasa seperti tidak mempunyai suami. Ada mentua, namun tidak mahu membantunya dan anak-anak.

Tambahnya lagi, ibu mentuanya terpaksa memberikan suaminya wang untuk membeli dadah. Si suami akan membuat kecoh satu kampung jika keinginannya tidak dituruti.

Kini isteri tersebut sedang berusaha untuk masuk semula ke tempat pernikahan mereka untuk menguruskan perceraian di sana.

Sumber : Peguam Syarie : Amalina Adam


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/wanita-geram-ibu-mentua-bagi-anak-duit-beli-dadah-bila-tegur-disuruh-jaga-kubur-sendiri