Wanita Basuh Coli Sekali Setahun

![|650x482](upload://r00PFZxbbwp1ycAjo9IoWLoclrM.png)

Sekadar gambar hiasan

Pendedahan yang dibuat seorang wanita di laman TikTok mengenai rakannya yang dikatakan membasuh coli sekali setahun mengejutkan orang ramai.

Artikel Berkaitan: Bekas Bintang Realiti TV Untung RM200 Ribu Seminggu Jual Kentut Dalam Balang

Artikel Berkaitan: Lelaki Tua Kemaruk Curi Coli & Baju Dalam Ditahan, Hasil Serbuan Polis Jumpa 730 Koleksi Pakaian Dalam

Rata-rata netizen dilihat mengecam tindakan rakan wanita berkenaan yang disifatkan sebagai pengotor dan perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku.

Basuh baju dalam setahun sekali

![|650x404](upload://1Qi4L07C9qGYFZyfR6sXmaeiRk5.jpeg)

Menerusi video pendek dikongsi, wanita ini menceritakan rakannya mengaku hanya membasuh coli setahun sekali dan pendedahan tersebut membuatkan dia ‘terkedu’.

Kawan saya pernah mengaku bahawa dia cuma basuh pakaian dalamnya iaitu bra setahun sekali.

Saya terkejut dan tertanya-tanya, berapa kerapkah bra atau coli sepatutnya dibasuh?

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geli dan menjelaskan aspek kebersihan sepatutnya diutamakan. Ujar Ketua Pegawai Eksekutif Laundryheap, Deyan Dimitrov menerusi laporan Daily Mail pemakai coli perlu membasuh selepas dipakai dua atau tiga kali.

Membiarkan bra yang tidak dibasuh lebih lama akan mengumpulkan bakteria, peluh dan kulit mati dan menyebabkan coli anda menjadi berbau, malah boleh menyebabkan jerawat badan.

Video penuh:

@desyr.reviews Comment how often you wash your bras ? #winteroutfit #askontiktok #brawash ? Own Brand Freestyle – FelixThe1st & Dreya Mac

Sumber: Daily Mail


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/wanita-basuh-coli-sekali-setahun