[VIDEO] Warganet Geram, Cermin Kereta Dah Banyak Kali Kena ‘Ketuk’ Dengan Kanak-Kanak Rohingya Samseng

![|650x326](upload://1pjZyqezIyUTkjmfDpRcK9IBck0.jpeg)

Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan tindakan berani seorang kanak-kanak dipercayai pelarian Rohingya yang bertindak mengetuk cermin kereta seorang pengguna jalan raya.

Tindakan kanak-kanak lelaki itu bagaimanapun, membangkitkan amarah dan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

Makin hari makin melampau?

Menerusi video pendek dikongsi di laman Facebook, memaparkan tindakan seorang kanak-kanak yang berada di tengah jalan sebelum bertindak mengetuk kereta yang berada di tempat kejadian. Difahamkan, kanak-kanak tersebut bertindak sedemikian rupa bagi ‘mengutip’ sedekah daripada orang ramai.

Jika wang tidak diberikan, kanak-kanak ini dikatakan akan mengugut lalu mengetuk cermin kenderaan berkenaan dan tindakan tersebut dilakukan berulang kali. Namun, apa yang menjadi persoalan adalah mekanisme yang digunakan oleh kanak-kanak tersebut yang disifatkan sebagai kurang ajar.

Laporan bertarikh 6 Oktober 2021 Menteri Luar Negeri,  Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan jumlah pelarian Rohingya di Malaysia dianggarkan sekitar 200,000.

Pada masa yang sama, pengusiran mana-mana populasi secara paksa adalah tersenarai satu daripada jenayah kemanusiaan dalam undang-undang antarabangsa, khususnya Statut Rome berkenaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan Konvensyen Mengenai Pencegahan dan Hukuman ke atas Genosid 1948.

Respon netizen

![|650x233](upload://7OJPWjzdyF9Ngj9WaHVnj6KeRwN.png)

![|650x156](upload://cpBSlizm8xGErlP15g14Bu0CBjK.png)

![|650x127](upload://ldTMgHPTXFBsnXPXF23PUCvTfuB.png)

![|650x128](upload://fi7CiPoC6sPsIB1HRQD5ONfUbBr.png)

![|650x174](upload://zTGrIS8ytfZXydjzXq6WHSQfhXX.png)

![|650x275](upload://fUJf2SoLfVmxgiRDmeF8gCddtGu.png)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut ‘geram’ dengan tindakan kanak-kanak tersebut dan pada masa yang sama berharap pihak berwajib mengambil tindakan yang sewajarnya.

Sumber: Sukan Star


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/video-warganet-geram-cermin-kereta-dah-banyak-kali-kena-ketuk-dengan-kanak-kanak-rohingya-samseng