[VIDEO] Warga Emas Simen Diri Sendiri Lepas Bakar Kereta, Rupanya Alami Masalah Mental?

Seorang lelaki warga emas telah mencetuskan kerisauan dalam kalangan jiran tetangga selepas kecoh dirinya bertindak membakar kereta sebelum membina tembok simen dengan tujuan untuk mengurung diri sendiri di dalam rumah.

Artikel Berkaitan: ‘Mangsa Trauma Perlu Sokongan & Kaunseling’ – Caprice Buka Minda Netizen Tentang Aib VS Jenayah

Artikel Berkaitan: Polis Tahan Lelaki Bakar Langsir Rumah Jiran, Dipercayai Alami Masalah Mental

Polis dan bomba hadir

Kejadian menggerunkan itu berlaku di Jalan Cengal Selatan, Taman Setapak, Kuala Lumpur pada 4 September lalu dan disedari jiran tetangga sekitar jam 9:40 malam sebelum menghubungi pihak polis.

Dari video yang dikongsikan di media sosial, orang ramai memenuhi kawasan rumah tersebut sebelum tembok rumah yang dibina itu selamat dipecahkan dan suspek berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba dan penyelamat.

Suspek tinggal seorang, pegang kad pesakit mental

 

Hasil siasatan polis yang berada di tempat kejadian, suspek difahamkan tinggal bersendirian di rumah dan memegang kad pesakit mental dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Malah difahamkan juga, suspek sebelum ini pernah dilaporkan mengunci diri sendiri dengan memasang 20 mangga di rumah.

Sumber: TikTok


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-warga-emas-simen-diri-sendiri-lepas-bakar-kereta-rupanya-alami-masalah-mental