[VIDEO] ‘Tak Sampai 5 Minit Balik!’ – Majlis Kahwin ‘Drive Thru’ Curi Tumpuan, Tetamu Stop Ambil Makanan & Doorgift Je

![|650x396](upload://tDcsvwHEXFmpqAMHadlcl5l0Y6R.jpeg)

Foto: Tangkap layar video

Sedar tak sedar hampir dua tahun, negara kita berdepan dengan wabak Covid-19 yang boleh mengancam nyawa. Kedatangan wabak ini secara tidak langsung, mengubah gaya hidup penduduk dunia dan kita semua perlu akur dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan wabak ini.

Namun begitu, perkara tersebut sama sekali tidak menjadi penghalang buat pengantin ini dalam meraikan hari ‘bahagianya’ bersama ahli keluarga dan sahabat handal.

Kenduri drive thru

![|650x396](upload://uiGGldjF5MKi96ooOlFBKMP7hRI.jpeg)

Foto: Tangkap layar video

Seperti video dikongsi seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Fatin menceritakan pengalamannya menghadiri sebuah majlis perkahwinan secara pandu lalu (drive thru). Ujar wanita ini, setiap tetamu yang hadir perlu beratur di dalam kereta masing-masing dan perlu menunggu giliran untuk tiba di hadapan pintu rumah pengantin.

Kalau nak bagi salam kaut (duit), letak je dekat tabung yang disediakan. Jumpa tuan rumah dekat tingkap kereta.

Mengulas lebih lanjut, wanita ini menjelaskan tetamu yang hadir hanya boleh melihat pengantin bersanding dari dalam kereta dan boleh memberikan ucapan kepada pengantin menerusi tingkap kereta masing-masing.

Apa yang lebih mengujakan, selepas tetamu melihat pengantin bersanding, mereka akan dibekalkan dengan makanan dan cenderahati daripada tuan rumah.

5 minit je pergi kenduri. Selamat pengantin baru Maisarah dan pasangan. Moga diberkati dan berkekalan hingga ke akhirnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan konsep yang digunakan oleh keluarga pengantin ini. Pada masa yang sama, mereka turut menjelaskan ia merupakan norma baharu yang perlu dibiasakan dalam masyarakat.

Video penuh:

@fatin_halimKenduri Drive Thru.? Selamat Pengantin Baru – Zaleha Hamid

@fatin_halimReply to @nanee.._ nah saya belanja Part 2 ?? bunyi asal – KifleZul46

Lama tak pergi kenduri kahwin

![|650x302](upload://yV8Z4ZE6oTXNgNTy6wXE5thpsxM.png)

![|650x138](upload://lGC0xqBfCbepPuadTCK07NkOSQd.png)

![|650x140](upload://vq0Nm5CGV6RVdn3QuLR7ddbg4X6.png)

![|650x147](upload://7Nz5uCql2w05X8bFUHufBDssm6l.png)

![|650x122](upload://1ctzO6CTzHRBOBTCXzNoKSWMnek.png)

![|650x128](upload://wZr4UfYjK3aNS5S8aMTnmhuvJAv.png)

Sumber: Fatin


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/video-tak-sampai-5-minit-balik-majlis-kahwin-drive-thru-curi-tumpuan-tetamu-stop-ambil-makanan-doorgift-je