[VIDEO] Suami Tetak Isteri Sendiri Di Tepi Jalan Ditahan Polis, Berdepan Hukuman Penjara Seumur Hidup

Foto: TheStraitstimes.com

Tindakan berani seorang lelaki yang bertindak menyerang seorang wanita dipercayai isterinya di Beach Road, Singapura dengan menggunakan pisau petang semalam, mengundang padah selepas dia ditahan oleh pihak polis.

Video kejadian tersebut bagaimanapun tular di media sosial dan meraih pelbagai respon daripada wargamaya.

Video penuh:

TRIGGER WARNING

Man slashed the woman with a cleaver in Singapore. Public fought to prevent him from inflicting more injuries against the woman. pic.twitter.com/u0EL6U0FHw

— . (@anthraxxx781) April 14, 2022

Menerusi laporan TheStraitstimes.com, suspek yang berusia 46 tahun didakwa cuba membunuh mangsa, 41. Setibanya pihak polis di tempat kejadian, mangsa mengalami kesan tetakan sebelum dikejarkan ke hospital dalam keadaan yang sedar.

Siasatan awal mendapati lelaki berusia 46 tahun itu didakwa menyerang wanita itu menggunakan pisau.

Sebelum ketibaan pegawai, lelaki itu dipercayai telah mengelar pergelangan tangannya sendiri menggunakan pisau.

Bagaimanapun senjata yang digunakan oleh suspek telah pun dirampas dan pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut.

Difahamkan suspek akan didakwa di mahkamah pada Sabtu ini berikutan atas percubaan membunuh dan sabit kesalahan boleh dipenjara seumur hidup, penjara 20 tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber: TheStraitstimes.com & Twitter


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/video-suami-tetak-isteri-sendiri-di-tepi-jalan-ditahan-polis-berdepan-hukuman-penjara-seumur-hidup