[VIDEO] Sempat Bergurau Pijak Kasut Sebelum Masuk Mahkamah, Pasangan Ini Akhirnya Tak Jadi Cerai

![|650x399](upload://vmkyOpFpTrkZXEXOODFnLLzFqEs.jpeg)

Berkahwin dan hidup bahagia selamanya merupakan satu harapan setiap pasangan sewaktu terlafaznya akad ikatan yang suci sebagai suami isteri. Tak dinafikan, setiap rumah tangga pasti ada pasang surutnya sehingga berlakunya perselisihan faham yang boleh membawa kepada perceraian.

Namun berbeza pula kisah yang dilalui pasangan ini apabila Allah SWT seakan mengetuk pintu hati mereka untuk kembali bersatu saat mereka sudah memutuskan untuk berpisah.

Gara-gara gurau ‘pijak’ kasut

![|650x779](upload://ppsvpovaPMXPJl4lvJqqFcKXHMs.png)

Kisah tersebut dikongsikan menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok, Raraa. Menurut wanita ini, dia dan suaminya telah membuat keputusan untuk berpisah dan pada hari tersebut, mereka berdua telah hadir ke mahkamah syariah untuk menguruskan hal penceraian mereka. Namun sewaktu menunggu hakim untuk perbicaraan, wanita ini sempat bergurau dengan memijak kasut suaminya.

Bukan itu sahaja, mereka berdua mengambil kesempatan itu untuk bergambar bersama-sama sabagai tanda kenangan. Malah, sebelum itu juga kelihatan pasangan ini berpegangan tangan buat kali terakhir selain memberi kata-kata semangat memandangkan mereka akan membawa haluan masing-masing.

Namun siapa sangka, dengan kuasa Allah SWT, pasangan ini akhirnya membuat keputusan membatalkan niat mereka untuk berpisah dan berazam untuk meneruskan perkahwinan tersebut. Difahamkan, keputusan itu juga didorong oleh rayuan dan nasihat daripada hakim yang mengakui pasangan ini masih muda dan serasi bersama.

Video TikTok

@_raaaaa18_? nothing gonna changes my love for you – sadvibes?

Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen mengakui terharu dengan kasih sayang pasangan ini sehingga membuatkan mereka nekad untuk rujuk semula. Justeru, ada dalam kalangan mereka mendoakan agar pasangan ini terus kuat menghadapi dugaan dan berbahagia dengan rumah tangga yang dibina.

Sumber: Raraaa18_


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-sempat-bergurau-pijak-kasut-sebelum-masuk-mahkamah-pasangan-ini-akhirnya-tak-jadi-cerai