[VIDEO] Selalu Bawa Bekal Nasi Extra Tapi Makan Tak Habis, Rupa-Rupanya Warga Asing Ini

![|650x457](upload://lPUFj3aa00eUPT8V0b3ENwC1nkT.jpeg)

Seorang pengguna TikTok mengaku rasa bersalah berikutan mempunyai persepsi negatif terhadap rakan sekerjanya yang merupakan warganegara asing. Kisahnya bermula apabila warga asing ini sering kali membawa bekal nasi yang berlebihan namun, nasi tersebut sama sekali tidak habis dijamah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Baiyaa Beratur Jauh-Jauh Sikitlah…’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siap ‘Berpeluk’, Pegang Tangan Tunggu Nak Cucuk Vaksin

Artikel Berkaitan: Syarikat Pindah Pejabat, Lelaki & Rakan Sekerja Balas ‘Budi’ Hadiahkan Makcik Cleaner Gelang Emas

Salah sangka dekat pekerja warga asing

![|650x371](upload://hw5ZKCTo8AQmVTu9nALED9xZbH5.jpeg)

Ujar pemilik video ini, tabiat rakan sekerjanya tidak menghabiskan bekal nasi yang dibawa menyebabkan timbul persepsi negatif dalam dirinya dan perkara tersebut membuatkan dia rasa bersalah.

Macam mana nak minta maaf tanpa rasa malu. Tamak la, bawa nasi banyak tapi tak makan. Membazir la.

Tapi hari ini kan tergerak hati nak tengok mana dia bawa tu rupanya.

Namun, persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila dia (pemilik video) tergerak hati mengikut rakan sekerjanya memberi makan kepada burung-burung yang berada di kawasan tempatnya bekerja.

Setiap hari dia bawa nasi penuh dalam bekal dia sebab nak bagi separuh dekat burung-burung. Setiap hari beb, tak pernah terkecuali. Burung-burung tu macam dah tahu waktu dia datang bawa nasi. Semua tunggu atas bumbung.

Mengulas lebih lanjut, warga asing ini menceritakan pada mulanya hanya dua ekor burung sahaja yang datang menjamah nasi yang diberi dan kini jumlah tersebut semakin bertambah.

Jahatnya aku buruk sangka dekat dia. Rasa bersalah, rasa terpukul, rasa sebak pun ada. Teringat pula ada orang pernah cakap nak memberi tak perlu tunggu kaya. Semoga kau dimurahkan rezeki kawan.

Video penuh:

@tokkmungg3 Macam mana nak mintak maaf tanpa rasa malu.. ??#fyp #foryoupage???? #foryou ? Mekar Di Jiwa – X-Ray

Respon netizen

![|650x194](upload://kseF1rCPinQD9tLZIznYgb4F5Rz.png)

![|650x135](upload://nS40Tuu7WldqH6i0mC7lnP22kva.png)

![|650x150](upload://niAVA7lzUBCge2RToWCkgBX5WUj.png)

![|650x145](upload://tbdyIjgiBqxsM2wQAhXTybMzSXl.png)

![|650x170](upload://pm5xei1mX5KswNHgIQkRUrWgLVH.png)

![|650x147](upload://nMv0gZsQb36n4410Cd3DKUclgor.png)

Sumber: TokkMungg


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/video-selalu-bawa-bekal-nasi-extra-tapi-makan-tak-habis-rupa-rupanya-warga-asing-ini