[VIDEO] Sejam Tunggu, Tahu-Tahu Lesap! Dasar Jantan Tak Guna

![|650x373](upload://kXjOKP5KGq1zrCXEDYzhFoPLIYV.png)

Sekadar gambar hiasan

Perjumpaan pertama kali buat dua insan yang baru mahu mengenali hati budi masing-masing dengan lebih dekat sudah pasti meninggalkan kenangan seumur hidup. Mana tidaknya, pertama kali nak jumpa!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] 4 Tahun Bercinta ‘Boyfriend’ Curang Dengan Wanita Lain, Gadis Dipujuk Bapa Undang Sebak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Kantoi Curang Tak Sampai Setahun Kahwin, Wanita Bakar Semua Gambar..Menyesal Kahwin Muda!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Segala Persiapan Rapi Dah Siap Nak Akad Nikah, Gadis Sebak & Cekal Bila Dapat Tahu…

Makanan dah sampai….

![|650x433](upload://eYIABArjXgVAVX0aMG8E0Ik30ZH.jpeg)

Namun, temu janji pertama seorang gadis bertukar mimpi ngeri yang mungkin tidak dapat dilupakan apabila lelaki berkenaan dikatakan ‘melarikan diri’ secara tiba-tiba.

Bila makanan dah sampai: Kejap eh awak saya nak ambil barang dekat kereta sekejap.

Menerusi video yang dikongsi di laman TikTok, lelaki tersebut dikatakan memberi alasan untuk mengambil barang yang tertinggal di keretanya selepas makanan tiba.

Namun, selepas lebih satu jam gadis tersebut menunggu, lelaki berkenaan tidak kunjung tiba. Malah tiada sebarang respon apabila dihubungi.

Dah sejam tunggu, WhatsApp dah single tick, Instagram dah kena block. #Temujanjipertama.

Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan dipercayai menyekat (block) gadis ini dan mendiamkan diri. Ketika itu barulah dia sedar bahawa lelaki tersebut telah pun beredar dan hanya memberi alasan ingin mengambil barang! Agak-agaknya kenapa dia pergi macam tu?

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai respon dan menjelaskan lelaki tersebut mempunyai alasan yang tersendiri mengapa dia berbuat demikian.

Video penuh:

@helomilo Dah sejam tunggu, whatsapp dah single tick, insta dah kena block ? #firstdate ? PENANTIAN ARMADA – sadvibes?

Mungkin dia tak makan sayur kot

![|650x113](upload://xtRfdbTISVedqne0q6GIbLD7ZuD.png)

![|650x129](upload://dKOKXDvm1onzR0YdHdkNCs1UpF0.png)

![|650x176](upload://ocQ2lNdNNi76xFGN7Uw34aHQnje.png)

![|650x141](upload://fTWVHGs9DPb2nyAg8uCZMJ5J6YM.png)

![|650x136](upload://cqq4UABPRA9tET02x0VVB30dsxR.png)

![|650x168](upload://ld1uCqF4POUZCPG4z9gplIFPWUh.png)

Sumber: Helomilo


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/video-sejam-tunggu-tahu-tahu-lesap-dasar-jantan-tak-guna