[VIDEO] ‘Saya Ini Bukan Pandai Sangat’ – Keliru Dengan Agama Teman Lelaki, Yazmin Aziz Minta Maaf

Sebelum ini, penyanyi Yazmin Aziz menyatakan teman lelakinya, Nixon Guylherme Brizolara beragama Katolik bukannya Kristian seperti yang disangka ramai.

Jawapan itu menjadi pertikaian warganet di bahagian komen kerana Katolik juga sebahagian daripada agama Kristian.

 Artikel Berkaitan: Beza Agama, Yazmin Aziz Hairan Dengan ‘Kepochi’ Netizen

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tidur Bilik Asing Ke Masa Bercuti Dengan Kekasih, Yazmin Aziz Jawab Soalan Netizen

Tak pandai bab agama

@yazminaziz Tak marah kalau kena tegur. Hanya penjelasan ?? #fyp #tiktokmy ? original sound – Yazmin Aziz

Terbaharu, Yazmin tampil menjernihkan kekeliruan berhubung agama kekasihnya menerusi sebuah video di TikTok.

Kata penyanyi berumur 21 tahun ini, kenyataan yang pernah dikeluarkan itu berdasarkan rujukan daripada orang Filipina. Pemilik nama Yazmin Aldwin Abdul Aziz juga akui dia tidak mahir soal agama.

Terima kasih kepada sesiapa yang tolong jelaskan mengenai isu Kristian dan Katolik. Sejujurnya saya sangat menghargai.

Saya ini bukan pandai sangat agama pun. Sebab itu, saya lebih memilih untuk tidak bercakap tentang perkara itu.

Kalau anda nak tahu, rujukan saya ketika buat video itu adalah orang Filipina. Dekat sana, kalau anda roman Katolik, mereka akan tulis agama sebagai Katolik dalam surat beranak.

Sebagai contoh, kalau anda penganut Kristian, dalam surat beranak akan tulis Kristian.

Hanya manusia biasa

Dalam pada itu, bekas peserta program Big Stage 2022 ini memohon maaf atas kesilapan dan kekeliruan yang timbul.

Saya minta maaf kalau timbul kekeliruan. Saya juga melakukan kesilapan, saya hanya manusia besfriend.

Terdahulu, pelakon telemovie komedi, Bunga Dan Kayu bertindak memadam video mengenai agama teman lelaki selepas rata-rata netizen membetulkan fakta.

Sumber: TikTok @yazminaziz


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-saya-ini-bukan-pandai-sangat-keliru-dengan-agama-teman-lelaki-yazmin-aziz-minta-maaf