[VIDEO] Sarat Hamil 6 Bulan, Isteri Sebak Hantar Suami Pergi Latihan Polis – ‘Jumpa Tahun Depan Sayang’

![|650x308](upload://pepwjhxS1dBK0U8WOaKuzYQttle.jpeg)

Tak dinafikan, perkahwinan jarak jauh (PJJ) bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan yang besar terutamanya bagi pasangan yang perlu berjauhan dalam tempoh waktu yang lama atas faktor kerja.

Namun, perasaan rindu terhadap pasangan terpaksa dikorbankan demi masa depan yang lebih cerah untuk keluarga tersayang.

Isteri hamil 6 bulan terpaksa PJJ dengan suami

![|650x308](upload://qr2P7bpa2y07bQUiCV3lWqZx34o.jpeg)Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita Hasbiy Fatiey di TikTok, berkongsi momen yang tidak boleh dilupakan olehnya apabila dia perlu berjauhan dengan suami tersayang selama enam bulan.

Difahamkan suaminya itu dapat panggilan menjalani latihan rekrut polis di Pulapol Kuala Lumpur. Meskipun si isteri sedang sarat hamil enam bulan namun dia terpaksa berkorban demi keluarga kecil mereka.

Hari ini hantar suami pergi Pulapol Kuala Lumpur.

6 bulan nak masuk 7 bulan dah. Due 17/2.2022.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan kedua-duanya saling berpelukan dengan erat untuk kali terakhir. Lebih sebak lagi apabila si suami kelihatan tidak henti mengusap serta mengucup perut isterinya.

6 bulan. Rezeki baby kami. Jumpa lagi tahun depan sayang. I love you so much.

Video berdurasi 36 saat itu meraih lebih 286 ribu tontonan dan mendapat lebih 24 ribu tanda suka.

‘Rezeki baby kami’

@tieyyyyyyy Harini hantar suami pergi pulapor Kuala Lumpur , 6bulan ?? rezeki baby kami. ?jumpa lagi tahun depan sayang ????iloveyou so much #fyp #capcut ? bunyi asal – hasbiyFatiey

‘Sedihnya tengah hamil tapi suami dapat rezeki yang baik’

![|650x816](upload://n0Yng5zGasGEvaMiPSRVYifkJjw.jpeg) ![|650x786](upload://9KqrvIa7PfkpZ1dPKp6yNdsmYk6.jpeg)

Menjengah ke ruangan komen , rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan berkenaan dipermudahkan. Malah ada juga di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman mereka sebagai pasangan PJJ.

Sumber : tieyyyyyy


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-sarat-hamil-6-bulan-isteri-sebak-hantar-suami-pergi-latihan-polis-jumpa-tahun-depan-sayang