[VIDEO] Sakan Bergelek Di Majlis Akikah, Ifa Raziah Undang Kecaman Netizen – ‘Sepatutnya Pasang Lagu Nasyid & Marhaban’

Nama pelakon dan penyanyi Ifa Raziah sering ‘panas’ dalam kalangan pengguna media sosial.

Artikel berkaitan : ‘Saya Belum Pakai Tudung Tapi Allah Dah Jemput Saya Tiga Kali ..’ – Digelar Jahil, Netizen Takut Dengar Ifa Raziah Berhujah

Terbaru, Ifa dikecam netizen selepas menyanyi dan menari bergelek bersama anak pelakon Normah Damanhuri iaitu Kak KM ketika menghadiri sebuah majlis akikah.

Seronok bergelek

@ifa_raziah #showtime #missdiva #ifaraziah #serifabeauty #solidmolid #solidberry #soliddiva #solidbody #solidbeauty #kurus #cantik #lentik #missdivaskincare #beauty #fyp #fouryoupage #tiktokviral #tiktok ? original sound – MissDivaifaraziah

Menerusi perkongsian video di TikTok, Ifa, 46, dilihat bergembira sakan di depan tetamu yang lain.

Tampil dengan busana serba putih yang ketat, pemilik nama Saripah Raziah Mustaph turut menjemput isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Bella Astilah untuk menyanyikan lagu Goyang Inul, nyanyian asal Inul Daratista.

Dalam rakaman itu juga kelihatan pelakon dan usahawan Zulin Aziz dan suami tercinta, Farhan Norzaini.

Astaghfirullahaladzim

Ternyata hantaran itu mengundang pelbagai reaksi daripada wargamaya. Rata-ratanya menyifatkan perbuatan pelantun lagu Miss Diva sangat tidak beradab kerana tidak menghormati majlis akikah yang sepatutnya mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.

Selain itu, ada juga segelintir netizen yang bertindak memerli Ifa yang sudah menjadi tetamu Allah.

Sebelum ini, usahawan terkenal itu pernah ditegur pendakwah bebas berhubung isu tidak bertudung namun sudah tiga kali dijemput Allah SWT ke tanah suci Makkah.

Sumber: TikTok @ifa_raziah


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-sakan-bergelek-di-majlis-akikah-ifa-raziah-undang-kecaman-netizen-sepatutnya-pasang-lagu-nasyid-marhaban