[VIDEO] ‘Rindu Kami Tidak Pernah Berenggang’ – Rita Rudaini Sebak Hantar Anak Sulung Masuk MRSM

Hati ibu mana yang tak sedih sewaktu menghantar anak masuk ke sekolah berasrama penuh. Perasaan tersebut terpaksa dilalui oleh pelakon popular, Rita Rudaini apabila dia terpaksa menghantar anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin mendaftar di sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dipercayai di Negeri Sembilan, semalam.

Momen paling sebak

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, Rita mengakui bahawa dia tidak pernah berjauhan dengan anaknya yang berusia 13 tahun itu sekali gus melalui momen sebak sehingga mengalirkan air mata.

Saya ibu yang normal. Rasa sakit, rasa pedih itu dah biasa. Macam mana hujan lebat hari ni macam tahu derasnya air mata saya hari ni. Air mata gembira bercampur dengan sebuah rasa. Rasa itu adalah rasa cinta. Sayang. Rindu kami tidak pernah berenggang. Hari ini kami berjauhan. Mommy sedih sampai dada sakit dalam pada masa yang sama mommy gembira dengan anak yang hanya dibesarkan oleh ibu tunggal, melangkah setapak lagi ke hadapan. Mommy sentiasa menjadi sayap kiri dan kananmu. Fly high Airit Rayyan Rizqin.

Video berdurasi hampir 60 saat tersebut memaparkan Rita memeluk erat anaknya sebelum ‘melepaskan’ remaja itu menjalani kehidupan berdikari sebagai pelajar.

Saya ibu yang normal

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Sebagai ibu, Rita turut berbangga dengan kejayaan Rayyan apatah lagi hanya dibesarkan oleh ibu tunggal tanpa kehadiran seorang bapa. Video tersebut menerima hampir 50,000 tontonan di Tiktok dan 1868 komen netizen yang rata-rata turut tersentuh hati melihat kasih sayang anak beranak itu selain mendoakan Rayyan terus berjaya di dunia dan akhirat.

Sumber: Rita Rudaini


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-rindu-kami-tidak-pernah-berenggang-rita-rudaini-sebak-hantar-anak-sulung-masuk-mrsm