[VIDEO] Rina Harun Bawa Ramai Wartawan Ketika Melawat Bella, Netizen Cakap ‘Bella Masih Trauma’

Foto kredit: Sinar Harian

Nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun sekali lagi menjadi bualan hangat warganet apabila sesi lawatannya untuk melihat keadaan Bella seolah-olah satu sesi ‘photo op’.

Artikel Berkaitan: Rakan Baik Siti Bainun Dedah Bella Pernah Beritahu Dicili & Dijirus Dengan Air Panas

Artikel Berkaitan: Pemilik Rumah Bonda Ditahan Polis Bantu Siasatan Kes Penderaan Adik Bella

Bella masih trauma

Foto kredit: Sinar Harian

Menerusi satu rakaman video yang dikongsikan di aplikasi Twitter, kelihatan Rina Harun sedang membuat lawatan terhadap Bella yang berada di sebuah hospital.

Namun begitu, ketika Bella dibawa ke hadapan rombongan media yang merakam gambar bersama flash di hadapannya, kanak-kanak tersebut kelihatan tidak selesa dan takut sambil memegang erat tangan jururawat yang membawanya.

Pada 17 April 2022, Rina menyambut baik tawaran Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim untuk menyediakan peguam membantu dalam kes penderaan Bella.

Rina dalam satu catatan di media sosial berkata beliau akan menemui Tunku Ismail untuk memberi taklimat kepada Tunku dan isteri tentang langkah-langkah yang diambil oleh kementeriannya.

Video penuh

Bella tu belum lagi bersedia nak jumpa orang luar, pastu you datang bawak reporters, videographers, photographers bagai.. takut la budak tu..

Aduuuhh.. masa potong usus, terbuang akal sekali ke..? pic.twitter.com/osrkiYagAp

— ??? (@wahidahu55ain) April 17, 2022

Stress dengan kamera ‘flash’…kesian Bella

Meninjau di ruangan komen, netizen berasa kecewa dan kesal dengan tindakan Rina Harun yang membawa rombongan media yang ramai ketika melawat Bella.

Sumber: Wahidahu55ain


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-rina-harun-bawa-ramai-wartawan-ketika-melawat-bella-netizen-cakap-bella-masih-trauma