[VIDEO] Pengantin Baru Terjatuh Dari Jengkaut & Terhempas Atas Meja Makan Pada Malam Hari Perkahwinan

![|650x421](upload://8xrse00k89qB53ZAWaDI4JKv9UQ.jpeg)

Majlis perkahwinan merupakan satu momen yang sangat indah dan sememangnya akan menjadi satu kenangan yang tidak akan dilupakan bagi setiap pasangan suami isteri.

Namun berbeza pula dengan situasi yang dilalui pasangan pengantin baru ini apabila mereka dikatakan terjatuh dari jengkaut pada malam hari perkahwinan mereka.

Buat aksi ‘pelik’ masa majlis kahwin

![|650x861](upload://cgHQwpmpgzhqwxszrnk2bbB1mOF.png)

Menerusi video pendek yang dikongsikan Gabbar Singh di Twitter memaparkan pasangan pengantin sedang menikmati momen bahagia mereka di ‘awang-awangan’ sebelum terjatuh di atas meja. Difahamkan, pasangan ini duduk di atas jengkaut yang dihiaskan sebagai ‘sofa’ sambil menonton persembahan di majlis perkahwinan mereka.

Malangnya, keseronokan mereka bertukar menjadi momen mengejutkan apabila jengkaut yang dinaiki mereka tiba-tiba terbalik dan secara tidak langsung membuatkan pasangan pengantin yang berada pada ketinggian 10 kaki itu terjatuh di atas meja makan.

Para tetamu yang hadir di majlis perkahwinan tersebut kelihatan sangat terkejut sebelum menghulurkan bantuan. Video yang dikongsikan itu telah mendapat hampir 160k tontonan dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Pengantin jatuh atas meja

When the JCB guy had to wait 20 mins for the Tandoori Butter roti and when the basket finally arrive it was looted enroute by the pointy shoes wearing ladke waale pic.twitter.com/N2fNEl2fdb

— Gabbbar (@GabbbarSingh) November 29, 2021

Respon netizen

![|650x130](upload://6DNIcbgcqqtD79LEOyD3p1j80Ot.png) ![|650x148](upload://3bJpUYx4MxzA0smTTe4trrBPhr4.png) ![|650x128](upload://4KqvxYpQNLJi31iVbeImUOrRFRV.png) ![|650x129](upload://eGPSZ1r0rPuZdNSNbctq3ykyyFD.png)

Sumber: Gabbar Singh, India Times


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-pengantin-baru-terjatuh-dari-jengkaut-terhempas-atas-meja-makan-pada-malam-hari-perkahwinan