[VIDEO] ‘Muridku, Suamiku’ – Kenal 3 Tahun Sebelum Kahwin, Netizen Cakap Suami Nampak Matang

![|650x380](upload://pZedUut69ahFuHNnTk7742Tq5Rg.jpeg)

Siapa sangka perkenalan di bangku sekolah pada tahun 2019 membawa kepada perhubungan yang lebih serius bagi seorang guru praktikal dan pelajarnya sebelum mereka sah bergelar suami dan isteri. Tahniah!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ditanya Mengapa Kahwin Awal, Budak SPM Jawab: ‘Buat Kerja Sekolah Ada Orang Teman’

Artikel Berkaitan: ‘Akak 26 Pun Tak Ada Jodoh Lagi Dik…’ – Viral Pelajar Form 4 Pula Tunang, Tak Sempat Ambil SPM Lagi!

Artikel Berkaitan: Tingkatan 3 Kahwin, Tingkatan 4 Dah Ada Baby…

Kahwin dengan pelajar sendiri

![|650x507](upload://3SaI5KW3plrnOcQzHjVjEj2zGH6.jpeg)

Kisah merpati dua sejoli yang menarik perhatian ramai ini, dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna TikTok dan dia menceritakan mereka bermula dengan detik perkenalan pada tahun 2019 sebelum pasangan ini mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun 2021.

Muridku, suamiku. 2019: Aku menemukannya.

2021: Menjadi isterinya.

Difahamkan, pasangan ini mula berkenalan ketika dia (guru wanita) ditempatkan di sekolah berkenaan sebagai guru praktikal dan jarak umur bagi kedua-dua mereka adalah enam tahun.

Jarak umur saya dengan suami 6 tahun. Masa kenal suami saya guru praktikal je.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan kisah percintaan pasangan muda ini dan pada masa yang sama sempat menitipkan doa buat mereka berdua.

Video penuh:

@anakbaba26 Muridku Suamiku ? #fyp #fyp? #husbandandwife ? suara asli – Ara?

@anakbaba26 Reply to @lalalollll muka jeee. Perangaii sama macam masa sekolah mintak kena bebel ? #fyp? #fyp ? Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

@anakbaba26 Reply to @aimantimuns Aamiin. Thankyouu. Btw jarak umur saya dengan suami 6 tahun. Masa kenal suami saya guru praktikal je ? #husbandwife ? original sound – Hilduttttttttttttt – Ndaaa

Sumber: Anak Babah


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/video-muridku-suamiku-kenal-3-tahun-sebelum-kahwin-netizen-cakap-suami-nampak-matang