[VIDEO] Menantu Menangis Ibu Mentua Tak Pernah Jamah Masakan, Lagi Rela Bungkus Kat Kedai

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita meluahkan rasa buntu apabila memikirkan cara bagaimana hendak memenangi hati ibu mentuanya kerana setiap kali dia memasak pasti wanita itu tidak akan menjamahnya.

Buntu nak ambil hati mentua

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Nanda Maezha, wanita ini mendedahkan setiap kali dia memasak makanan di rumah pasti ibu mentuanya tidak menjamah dah rela masak lauk lain atau bungkus daripada kedai makan.

Macam mana lagi nak ambil hati mak mentua. Setiap kali aku masak mesti mak mentua akan masak lagi. Kadang-kadang dia beli lauk lain tapi kenapa sama dengan masakan yang aku masak.

Hal ini secara tidak langsung telah mengguris hatinya, namun dia tidak pernah membalas apa yang dilakukan oleh ibu mentuanya dan tetap akan makan apa sahaja hidangan yang disediakan.

Selalu menangis sebab masakan aku tak disentuh tapi setiap kali mak mentua masak, aku selalu makan.

Namun, disebalik ujian yang dihadapi oleh wanita ini, dia dikurniakan suami yang sangat memahami. Apa sahaja yang dimasak, suaminya tetap memuji hidangan yang disediakan oleh isterinya itu sedap dan akan menghabiskannya.

Suami selalu cakap ‘tak apa masak je, nanti saya habiskan dan masakan awak sedap.

Dalam pada itu, dia turut mengakui berasa penat mencuba untuk menjadi menantu terbaik kerana apa yang dilakukan olehnya seperti tidak dihargai oleh ibu mentuanya.

Video penuh

@nandamaezha cape ya jadi pelangi untuk orang yang buta warna .. #menantu #istri #tinggalbarengmertua #sakithati #sedih #baper #galau #hancur #kecewa #fyp #zyxcba #mertuadanmenantu #mertua ? Rumah Singgah – Fabio Asher

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat kepada wanita itu. Malah, ada juga di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman yang sama.

Sumber : nandamaezha


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-menantu-menangis-ibu-mentua-tak-pernah-jamah-masakan-lagi-rela-bungkus-kat-kedai