[VIDEO] Lupa Tutup Chat Dengan Kekasih Masa ‘Presentation’, Satu Kelas Tergelak Bila Baca

![|650x323](upload://eoNS4HfMk3O4uChaXU5QyXWoZ8E.png)

Akibat terlupa untuk menutup mesej bersama teman wanita di WhatsApp, seorang pelajar di sebuah universiti di Indonesia berhadapan dengan malu apabila perbualan romantisnya itu dibaca oleh rakan sekelasnya serta pensyarah ketika sesi pembentangan.

Terlupa tutup WhatsApp

![|650x660](upload://bDyjcuRcgFNTYJsZ2qYM8K2VsMm.jpeg)

Menerusi laporan Wolipop, video yang tular di TikTok itu dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Irmaagstnn, memaparkan seorang pelajar lelaki sedang berdiri di hadapan kelasnya sambil melakukan pembentangan dengan menggunakan layar projektor.

Lebih menghiburkan lagi apabila pelajar berkenaan dipercayai tanpa sengaja membuka perbualannya bersama teman wanita menerusi aplikasi WhatsApp.

Teruskan semangat ketika belajar sayangku.

Susulan daripada itu, rakan sekelas serta pensyarahnya ketawa melihat mesej berkenaan. Video berdurasi 14 saat itu meraih lebih 1.3 juta tontonan dan mendapat lebih 74 ribu tanda suka di TikTok.

Siapa yang lepas pembentangan lupa tutup mesej

@irmaagstnnPresentasi gak siap” dulu ya gini ni hasilnya????? Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Sumber : irmaagstnn, Wolipop


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-lupa-tutup-chat-dengan-kekasih-masa-presentation-satu-kelas-tergelak-bila-baca