Video Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Isteri Tular, Anak-Anak Menangis Takut

![|650x331](upload://1Iz01Lr2FCZnOW0RH6fCCUBj2xR.jpeg)

Sejak semalam, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang bertindak di luar kawalan apabila nekad memecahkan cermin kereta kerana mahukan sesuatu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] 13 Tahun Bersama Suami Kantoi Curang Dengan Janda, Bila Suruh Kahwin Tak Nak Pula! Siap Merayu Lagi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Kantoi Curang Tak Sampai Setahun Kahwin, Wanita Bakar Semua Gambar..Menyesal Kahwin Muda!

Artikel Berkaitan:Konon Datang Rumah Ambil Barang, Suami ‘Gila Talak’ Tergamak Rogol Bekas Isteri Sebab Nak Rujuk

Lelaki mengamuk pecahkan cermin kereta

![|650x331](upload://9IlRj2GuQ2iIQkcJiN8VNIs4ygG.jpeg)

Menerusi satu hantaran di Facebook, wanita yang dikenali sebagai Amira menceritakan kejadian tersebut berlaku ketika waktu pagi ketika dia dalam perjalanan menuju ke tempat kerja. Lelaki tersebut yang merupakan suaminya pada mulanya meminta dia membuka tingkap. Bimbang akan keselamatan diri dan anak-anak, wanita tersebut akur lalu membuka sebahagian tingkap sebelum ditarik suaminya. Akibat tarikan yang kuat, cermin kereta tersebut pecah sebelum bertaburan di bahagian tempat duduk hadapan. Turut kedengaran anak-anak wanita ini menangis ketakutan.

Konon tu nak bagi duit dekat anak hang, ingatkan nak hulur beda (boleh) beli susu, lampin anak.

Sekali tu duit aku yang melayang. Family aku dah la tak hebat, tak pasal kena repair cermin dekat aku. Seratus dua pun main dengan family tak hebat ini nampak nilai tu besar. Boleh beli susu, lampin anak stok untuk 2 minggu.

Mengulas lebih lanjut, wanita ini mendakwa suaminya seolah-olah play victim dengan apa yang terjadi dan turut menjelaskan mengapa dia tidak membuka tingkap keretanya sejurus suaminya sampai.

Sehari sebelum kejadian , dia bawa lari beg dokumen aku yang ada dalam kereta. Sebab tu hari ini aku buka tingkap sikit ja , kalau buka tingkap full , memang kena jerat la macam sebelum-sebelum ini yang duk jadi dah.

Sebelum ini juga dah berkali-kali jadi duk berebut kunci kereta dengan aku. Sampai buang angin tayar kereta pun ada. So aku dah sampai tahap tak larat dah nak hadap benda ni.

Dalam proses penceraian

![|650x494](upload://kBucBTfvXg0wtvnvG37P57wDXlA.jpeg)

Mengulas lebih lanjut, wanita tersebut memberitahu mereka dalam proses untuk bercerai dan sudah tidak duduk sebumbung sejak April tahun ini. Ujar wanita ini lagi, video tersebut dikongsi sebagai bukti kepada orang ramai sebelum berlakunya salah faham dalam kalangan wargamaya.

Jadi statement ini aku bawa keluar siap-siap sebelum ada orang lain duk plot twist cerita jadi kot lain. Lepas tu duk claim aku putar belit bagi caca merba keadaan ka apa ka aku ada video ini sebagai bukti.

Post aku bukan nak provok sapa-sapa cuma kalau rasa terprovok, cek balik. Salah tetap salah.

Ketika artikel ini ditulis, tiada sebarang info tambahan di mana lokasi kejadian ini berlaku mahu pun laporan penuh daripada media tempatan.

Sumber: Amira Nabila


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/video-lelaki-mengamuk-pecahkan-cermin-kereta-isteri-tular-anak-anak-menangis-takut