[VIDEO] Lari Dari Rumah Sebab Telefon Kena Rampas, Kakak Terpaksa Kejar Adik Pukul 5 Pagi

![|650x308](upload://48YFy033osfifzMmllEXbhPavU0.jpeg)

Tak dinafikan, kanak-kanak dengan gajet seperti telefon bimbit memang sukar untuk dipisahkan sehingga ada yang menjadi ketagih kerana terlalu banyak menghabiskan masa dengan gajet. Malah ada juga di antara mereka yang akan mengamuk sekiranya telefon ‘dirampas’ dan akhirnya ibu bapa terpaksa beralah.

Lari dari rumah sebab telefon kena rampas

![|650x308](upload://aNP6MIGy2HtwDGfi1fkI7vYFN1P.jpeg)

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Mia Aulia di TikTok, berkongsi kisah mengenai dua orang adiknya yang memberontak gara-gara telefon bimbit milik mereka dirampas.

Difahamkan kejadian berkenaan berlaku pada pukul 5.00 pagi, di mana kedua-dua adiknya itu dikatakan cuba melakukan protes dengan melarikan diri dari rumah dengan tidak memakai kasut. Di dalam video berkenaan turut kelihatan adik perempuannya menyandang satu beg kecil semasa berjalan di kawasan perumahan mereka.

Adik-adik saya ni. Ya diaorang memberontak sebab handphone kena rampas.

Akibat risau dengan tindakan adik-adiknya, wanita berkenaan membuat keputusan untuk mengejar mereka dengan menaiki kereta. Namun, mereka dilihat melarikan diri ketika kakaknya cuba menghampiri.

Cepat-cepat mana kayu tadi. Kejar dia. Hahaha berusaha betul dia lari.

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan memaklumkan bahawa adik-adiknya itu sudah menerima hukuman yang setimpal. Video berdurasi 31 saat itu meraih lebih 1.5 juta tontonan dan mendapat lebih 72 ribu tanda suka.

Dua-dua dah kena sebat.

‘Pukul 5 pagi weh’

@miaaulia78? original sound – ? MiaAulia?

Respon netizen

![|650x746](upload://yPaBsHf5OHtqEXDznZWsjU0R14D.jpeg) ![|650x823](upload://zstgrDdVqPygi7LX4RmJCtAv6TF.jpeg)

Sumber : miaaulia78


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-lari-dari-rumah-sebab-telefon-kena-rampas-kakak-terpaksa-kejar-adik-pukul-5-pagi