[VIDEO] Kena Kecam Buang Gula-Gula Atas Pentas, Shila Amzah Mohon Maaf

Gelagat penyanyi Shila Amzah yang dikatakan mengeluarkan gula-gula daripada mulutnya dan membuang di pentas ketika membuat persembahan menjadi perbualan hangat netizen.

Artikel berkaitan : Wanita Mengadu Suami Ramai Kawan Wanita & Dipukul, Shila Amzah Beri Nasihat – ‘Buat Laporan Polis & Pergi Pejabat Agama’

Artikel berkaitan : Pernah Kenal Lelaki Panas Baran, Shila Amzah Mohon Wanita Berhati-Hati

Artikel berkaitan : ‘Nak Lelaki Rajin, Bukan Anak Orang Kaya Harap Duit Ibu Bapa’ – Shila Amzah

Keluarkan sesuatu?

Menerusi video yang dimuat naik oleh Shila di Instagram (IG), memaparkan penyanyi itu sedang menyanyikan lagu berjudul Khilaf Asmara pada Konsert Merdeka 65. Namun ketika di tengah persembahan, Shila dilihat mengeluarkan sesuatu dari mulutnya dipercayai gula-gula lalu membuangnya di atas pentas.

Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 32 tahun itu memohon maaf atas tindakannya serta memaklumkan bahawa dia baru sahaja sihat daripada sakit.

Sorry sebab lupa buang gula-gula again. Akibat demam, makan ubat batuk, selsema dan panadol lepas tu minum kopi pukul 11.30 malam.

Difahamkan, ia bukan kali pertama pelantun lagu Patah Seribu ini melakukan aksi seperti itu kerana kali pertama dia mengeluarkan gula-gula daripada mulutnya ketika di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-36 tahun lalu.

Video penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

‘Shila dan gula-gula berpisah tiada’

Video berkenaan menerima pelbagai reaksi di kalangan netizen di mana ada di antara mereka menasihatkan agar Shila tidak lagi memakan gula-gula sebelum menyanyi. Tidak kurang juga ada yang sudah mengetahui ‘perangai’ penyanyi itu yang gemar memakan gula-gula.

Sumber : shahilaamzah


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-kena-kecam-buang-gula-gula-atas-pentas-shila-amzah-mohon-maaf