[VIDEO] Kantoi Buat Perkara Tak Senonoh, Pasangan Kekasih Dihukum ‘Mandi Lumpur’ Dalam Longkang

![|650x306](upload://krfpp2aR7foUxXHofhejjJaWyuN.jpeg)

Sepasang kekasih di Jakarta, Indonesia mencuri perhatian ramai apabila video mereka ‘dihukum’ merangkak di dalam sebuah longkang viral di media sosial. Difahamkan, pasangan tersebut telah melakukan perbuatan tidak bermoral pada waktu itu.

Dihukum ‘mandi’ dalam longkang

![|650x306](upload://fGFoJ7gqD738S1fnIFwkIEWu3yO.jpeg)

Menerusi video yang dimuat naik oleh Penajam Terkini di Instagram, remaja lelaki berkenaan sedang merangkak di dalam sebuah longkang sambil mukanya dipenuhi dengan lumpur. Turut kelihatan seorang remaja perempuan yang sedang mengekori lelaki tersebut dari belakang.

Dalam pada itu, seorang individu lain turut kelihatan dalam video berkenaan. Individu tersebut dilihat memijak badan remaja lelaki berkenaan supaya merangkak lebih rendah lagi di dalam longkang.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku gara-gara pasangan tersebut duduk berdua-duaan serta melakukan perbuatan yang tidak bermoral sebelum penduduk di kawasan sekitar menangkap mereka.

Video penuh :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PenajamTerkini+ (@penajamterkini_net)

Sumber : Suara.com, penajamterkini_net


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-kantoi-buat-perkara-tak-senonoh-pasangan-kekasih-dihukum-mandi-lumpur-dalam-longkang