[VIDEO] Jijik! Aksi Pekerja Kilang Roti Pijak, Jilat Roti Semasa Proses Membungkus Cetus Amarah

![|650x386](upload://ebZDoBztqbbKvW6b1VNk2AmVtI2.jpeg)

Foto: India Times

Jijik dan menggelikan! Itulah ungkapan sesuai digunakan buat dua pekerja kilang roti yang bertindak di luar kawalan semasa bekerja. Video tersebut bagaimanapun, telah tular di media sosial dan meraih kecaman daripada orang ramai.

Pekerja buat hal

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GiDDa CoMpAnY -mEmE pAgE- (@giedde)

Menerusi video dikongsi pemilik akaun Giedde di Instagram, memaparkan tindakan dua orang pekerja yang bertindak memijak roti yang berada di atas talam sebelum membungkusnya ke dalam sebuah plastik.

Apa yang lebih menggelikan, seorang lagi pekerja menjilat roti tersebut di hadapan rakan sekerja yang lain tanpa memakai sarung tangan. Lapor India Times, perbuatan jijik tersebut seolah-olah dilakukan dengan sengaja. Bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan lokasi asal kilang tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih 70k dan meraih ratusan komen daripada netizen yang mengecam tindakan pekerja ini.

Sumber: India Times & Giedde


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/video-jijik-aksi-pekerja-kilang-roti-pijak-jilat-roti-semasa-proses-membungkus-cetus-amarah