[VIDEO] Isteri Dituduh Perampas, DDNK Mohon Henti Kecam – ‘Beri Dia Sedikit Ruang, Dia Masih Berumur 25 Tahun”

Kisah rumah tangga Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan (DDNK) yang popular dengan tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ menjadi perbualan hangat netizen apabila dia selamat menamatkan zaman dudanya dengan pilihan hati, Tuan Nor Ernie Rossmeris.

Artikel berkaitan : DDNK ‘Tak Hensem Takpa Janji Kaya’ Selamat Nikah, Bekas Isteri Ucap Tahniah – ‘Jadilah Diri Sendiri’

Terbaharu, penyanyi rap, Caprice bersama isteri dilihat berjumpa dengan pengantin baru itu.

Isteri dituduh perampas

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Caprice mengakui bahawa dia berasa buntu untuk menasihati pakar saham serta isterinya berhubung kontroversi yang melanda pasangan itu baru-baru ini.

Perampas? Cap buntu tak tahu macam mana nak nasihatkan @ernierossmerie_ dan @datodrnazrinkhan.official.

Di dalam video berkenaan turut kedengaran Ernie meluahkan rasa kecewa sambil menghempas bantal ke lantai apabila dituduh sebagai perampas rumah tangga orang selepas berkahwin dengan DDNK.

Malah, dia turut mempertikaikan mengapa segelintir netizen mempersoalkan mengenai jodoh yang sudah ditakdirkan kepadanya sambil ditenangkan oleh isteri Caprice, Farra Innalis.

Dorang cakap I perampas. I tak boleh terima tu semua. Kenapa nak persoalkan tentang jodoh. Macam mana I nak tolak?

Lepas itu, dorang cakap I ‘tak cantik tak apa, janji manja’. Jadi Caprice macam mana you handle semua ni?

Bagaimanapun, hasil pemerhatian pihak OhBulan!, video terbabit pun telah dipadam.

DDNK mohon jangan kecam isteri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Susulan menerima pelbagai kecaman, DDNK tampil memohon agar netizen tidak mengecam isterinya lagi dan meminta orang ramai mendoakan supaya rumah tangga yang baru dibina itu lebih tenang serta bahagia.

Saya DDNK nak mengucapkan terima kasih kepada semua komen-komen positif dan negatif terhadap majlis perkahwinan saya. Saya tahu majlis perkahwinan saya menjadi satu kekecohan berlaku dalam media sosial.

Cuma saya memohon untuk memberi sedikit ruang kepada isteri saya supaya tidak dikecam. Dia masih berumur 25 tahun dan seorang student. Kami minta semua orang doakan agar pekahwinan kami InsyaAllah lebih bahagia dan lebih tenang.

Sumber : capricedaddycap


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-isteri-dituduh-perampas-ddnk-mohon-henti-kecam-beri-dia-sedikit-ruang-dia-masih-berumur-25-tahun