[VIDEO] Isteri Arwah Abam Sebak Nampak Kereta Suami Atas Jalan – ‘Hanya Tinggal Kenangan’

Sebelum ini, kemelut yang melanda antara keluarga Allahyarham Abam serta balunya Siti Norhidayah Mohd Ali mengenai peninggalan harta Allahyarham sememangnya menjadi perhatian ramai. Difahamkan, kes tersebut baru sahaja selesai dan masing-masing telah pun meneruskan kehidupan sendiri.

‘Hanya tinggal kenangan’

Namun baru-baru ini, perkongsian Nor Hidayah Mohd Ali di TikTok telah mengundang simpati netizen apabila dia meluahkan rasa sedih selepas berselisih dengan kereta lama yang dinaiki mereka sekeluarga di atas jalan raya. Menerusi perkongsian video tersebut, Hidayah memaklumkan kereta itu hanya tinggal kenangan sahaja selepas ia dibeli oleh orang lain.

Ternampak kereta arwah suami. BNP 639. Hanya tinggal kenangan. Hamzah nanti doakan perniagaan ibu berjaya. Boleh ibu beli kereta macam arwah ayah.

Menurut Hidayah, arwah suaminya pernah memberitahu bahawa dia membeli kereta jenis Toyota Vellfire itu untuk keselesaan mereka sekeluarga terutamanya anak lelakinya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.

Hanya tinggal kenangan kereta arwah suami, bila Hamzah dah besar ini la kereta ayah, ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Hidayah agar dia terus kuat dan tabah dalam membesarkan anak lelakinya, Hamzah.

Video

Respon netizen

Sumber: Hidayahhamzah


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-isteri-arwah-abam-sebak-nampak-kereta-suami-atas-jalan-hanya-tinggal-kenangan