[VIDEO] Ibu Mentua Bangsa India Masak Juadah Berbuka Untuk Menantu, Netizen Tumpang Seronok

Bila tibanya bulan Ramadan ini pasti ramai ibu-ibu yang sibuk membuat persiapan untuk berbuka kepada anak-anak. Itulah yang cuba ditunjukkan oleh seorang ibu mertua yang berbangsa India ini kepada menantunya yang berpuasa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lagi Beberapa Minit Nak Berbuka Puasa, Wanita Terkedu Nasi Kerabu Yang Dibeli Dipenuhi Ulat

Mengidam nasi tomato mentua

Dalam sebuah perkongsian di aplikasi TikTok, seorang wanita bernama Hajar menceritakan kisahnya yang pulang ke kampung suami pada hujung minggu. Wanita tersebut tiba-tiba mengidam nasi tomato yang dimasak oleh ibu mentuanya.

Last minute request nak nasi tomato.

Mother-in-law rush masak and pack untuk bawak balik KL.

Walaupun dalam keadaan tergesa-gesa, ibu mertuanya yang berbangsa India itu berjaya menyiapkan hidangan tersebut. Dalam rakaman yang berdurasi 29 saat itu, kelihatan mereka saling berpelukan dan bersalaman.

Video penuh

@hajarangelique Bulan puasa bersama parents-in-law Saya yg non-Muslim #fyp #fypage #foryou #foryoupage #malaysiatiktok #keluargamalaysia ? Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

Wow 1 Malaysia

Meninjau ke ruangan komen, majoriti netizen memberi pujian kepada keluarga tersebut. Malah ada juga yang berasa cemburu dengan hubungan baik menantu-mentua tersebut.

Sumber: hajarangelique


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-ibu-mentua-bangsa-india-masak-juadah-berbuka-untuk-menantu-netizen-tumpang-seronok