[VIDEO] Hanya ‘Sentuh’ 4 Kali Setahun, Isteri Derita Hidap STD Sebab Suami Jalin Hubungan Songsang

![|650x308](upload://gm88oLRRIVS6f0kTcYVWIGra5Rx.jpeg)

Seorang isteri meluahkan rasa terkejut apabila mendapat tahu bahawa suaminya mempunyai nafsu ‘songsang’ dan merasa tidak bahagia setelah lapan tahun mendirikan rumah tangga. Luahan berkenaan dikongsikan dalam program bual bicara ‘Aduan Jiwa’ yang dikendalikan oleh pengacara, Ahmad Fedtri Yahya di TV9.

Artikel berkaitan : Konon Datang Rumah Nak Tumpang Tidur, Isteri Cekup Suami Nafsu Songsang Tidur Dengan ‘Adik Angkat’

Artikel berkaitan : Tak Boleh ‘Bersama’ Hingga Tamat Belajar, Suami Jumpa Foto Separuh Bogel Isteri Dengan Wanita Lain

Suami tak pernah bagi nafkah

![|650x526](upload://brnJzmDaOh5qsyXVnJ0X23biW9h.jpeg)

Kisahnya bermula apabila wanita berkenaan yang mahu dikenali sebagai Dewi (bukan nama sebenar) memberitahu dia mengenali dengan suaminya itu menerusi orang ketiga. Dalam masa setahun perkenalan, mereka memutuskan untuk bertunang dan bernikah setelah dipersetujui oleh kedua-dua keluarga.

Kalau ikutkan pada asal tu berkahwin atas dasar restu kedua ibu bapa bukan sebab cinta sebab saya tak kenal dia sebelum tu.

Namun, sepanjang mereka mendirikan rumah tangga si suami tidak pernah memberi nafkah, malah memakinya dengan menggunakan kata-kata kesat. Dia tidak mengesyaki bahawa suaminya itu sebenarnya bernafsu songsang sehinggalah wanita berkenaan merasa kurang sihat dan membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor.

Lepas keputusan keluar, saya dapat tahu yang saya ada STD. Saya tak syak yang ‘perkara’ itu daripada dia sebab saya fikir saya ada juga ambil beberapa ubat hormon. Saya ingatkan yang saya dapat infection tu daripada masalah kesihatan saya juga.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, wanita tersebut menyatakan bahawa suaminya hanya ‘menyentuhnya’ sebanyak tiga atau empat kali sahaja dalam masa setahun. Apabila meluahkan perkara itu, suaminya mengatakan dia seorang yang psycho.

Yakin si suami ada hubungan terhalang

Walau bagaimanapun, wanita bekenaan mendapat tahu bahawa dia menghidap penyakit Pelvic Inflammatory Disease yang menyebabkan dia susah untuk mendapatkan cahaya mata.

Masa tu saya tak syak lagi yang dia ada hubungan terlarang ke apa saya hanya ingat yang dia beronani sendiri sebab saya jumpa minyak-minyak. Bila tanya memang dia tak pernah jawab dan saya tak tahu pasal social life dia. Handphone dia saya tak pernah bagi tengok ke apa.

Hendak dijadikan cerita, Dewi dikejarkan ke hospital kerana penyakitnya semakin serius dan perlu menjalani rawatan susulan. Ketika itu lah dia mendapat tahu punca penyakitnya dan yakin bahawa suaminya ada menjalinkan hubungan terlarang.

Sebelum kahwin salah seorang kenalan dia bagitahu suami saya pernah join group LGBT semua tu. Saya pernah cakap dengan dia yang saya nak berpisah sebab saya tak nak terus dia jadi beban dalam hidup dan rasa emosi saya terganggu.

Saya bertahan sebab keluarga dan silap saya sebab saya masih berharap dengan orang yang salah. Saya ingatkan dia akan berubah.

Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk bercerai dan sehingga kini dia merasa tidak layak untuk hidup bahagia dan bekas suaminya itu masih merahsiakan hubungan songsangnya.

Saya rasa tak layak untuk hidup bahagia dan trauma apa yang jadi dekat diri saya.

Sumber : TV9MALAYSIA Official 


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-hanya-sentuh-4-kali-setahun-isteri-derita-hidap-std-sebab-suami-jalin-hubungan-songsang