[VIDEO] Hanya Kerana Tidak Bergelar Seorang Doktor, Wanita Diceraikan Lepas 3 Hari Berkahwin

Hanya kerana tidak bekerja sebagai doktor, seorang wanita didakwa terpaksa bercerai dengan suaminya selepas tiga hari mendirikan rumah tangga. Kisah pilu itu menjadi tular di media sosial Indonesia.

Baru 3 hari kahwin terpaksa bercerai

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Indah Puspita Sari di TikTok, menceritakan kisah hidup sepupunya apabila wanita itu diceraikan selepas tiga hari berkahwin.

Menurut Indah, sepupunya akhirnya sah bercerai selepas setahun mereka menyelesaikan proses penceraian di mahkamah bersama bekas suaminya. Lebih mengejutkan apabila punca pasangan itu berpisah adalah disebabkan bekas ibu mentuanya ingin memiliki menantu yang bekerja sebagai doktor.

Tiga hari selepas berkahwin, dia ditinggalkan tanpa sepatah dua kata sampai ke hari ini.

Semua ini berlaku hanya kerana bekas ibu mentuanya nak menantu yang bergelar doktor.

Walau bagaimanapun, wanita ini bersyukur kerana sepupunya adalah seorang wanita yang tabah serta mampu mencari duit belanja sendiri bahkan mampu untuk menyara bekas suaminya.

‘Lelaki jenis apa ni’

@indahpsptsri4? suara asli – zayn – zainul

@indahpsptsri4 Balas @elcila6 ? Hey Ladies – Rossa

‘Bekas suami datang minta maaf’

@indahpsptsri4 Balas @troubleforyou3 ? suara asli – Indahhhh – Indah puspita sari

@indahpsptsri4 Mantan suami mohon maaf kenapa dibelakang tenda mulu udah kaya org punya salah? #viral #AQUADULU ? suara asli – Indah puspita sari

Sumber : Wolipop, indahpsptri4


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-hanya-kerana-tidak-bergelar-seorang-doktor-wanita-diceraikan-lepas-3-hari-berkahwin