[VIDEO] Gaduh Dengan Kekasih, Lelaki ‘Merajuk’ Baring Atas Jalan Raya

![|650x467](upload://6bHYyODUPl9mMg3YNE9zWjV5FOA.png)

Tak dinafikan, sesebuah hubungan percintaan itu pasti ada pasang surutnya. Ada masa berbaik dan ada kalanya bertikam lidah. Namun, kadang-kadang punca pergaduhan itu adalah disebabkan salah faham sehinggakan pasangan sanggup membuat apa sahaja demi meraih perhatian.

Lelaki baring atas jalan

![|650x463](upload://nj96Iv0pJWwToNPGayBMioklevH.png)

Menerusi video yang dimuat naik oleh Fakta Indo di Instagram, memaparkan seorang lelaki bertindak luar kawalan apabila dia baring di tengah jalan raya. Walau bagaimanapun, perkara berkenaan dipercayai disebabkan dia bertengkar dengan teman wanitanya.

Dipercayai bergaduh dengan kekasihnya, lelaki ini baring di tengah jalan.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan teman wanitanya itu sedang memujuk kekasihnya untuk bangun dari jalan raya tersebut, namun lelaki terbabit seperti enggan mendengar pujukan dan masih berada diposisi yang sama.

Susulan daripada kejadian berkenaan, kelihatan dua orang awam yang menghampiri pasangan tersebut untuk memujuk lelaki terbabit. Akhirnya lelaki itu berjaya dipujuk dan bangun dari jalan raya itu.

Video berdurasi 19 saat itu meraih lebih 390 ribu tontonan dan mendapat lebih 25 ribu tanda suka di Instagram.

Video penuh :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fakta Indo | Berita Indonesia (@fakta.indo)

Sumber : Hits.Suara, fakta.indo


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-gaduh-dengan-kekasih-lelaki-merajuk-baring-atas-jalan-raya