[VIDEO] Farhan Asri Sakan Borong Raya?!

Naib Juara Hero Remaja 2018 dan pelakon drama Cukup Derita Itu, Farhan Asri di katakan shopping sakan untuk Raya baru-baru ini! Farhan Asri di lihat mencuci mata di Pusat Borong Terbesar di Malaysia, GM Klang!

Apa yang Farhan borong sakan? Jom tengok video di bawah!

Oh itu rupanya kerja Farhan Asri di GM Klang, shopping sakan untuk Nasha! Tapi kenapa Farhan pilih GM Klang? Haa sebabnya Pusat Borong GM Klang yang terletak di bahagian selatan Klang merupakan destinasi borong yang menjadi pilihan utama peniaga-peniaga tempatan, pembeli harian dan juga pelancong!


Di bawah satu bumbung, Pusat Borong GM Klang menawarkan lebih dari 2,500 buah kedai untuk pengunjung, dan ianya merangkumi dari semua kategori produk seperti dekorasi rumah, persiapan perkahwinan, makanan, fesyen dan banyak lagi!

Beli borong, lebih jimat!

GM Klang memang terkenal dengan tawaran-tawaran yang sedia ada tetapi kalau beli borong, lebih jimat! Ini merupakan tarikan utama bagi pengunjung kerana ini dapat memberikan peluang kepada mereka semua untuk mula berniaga kecil-kecilan dengan kos yang rendah.

Jadi apa yang kamu semua tunggu lagi? Bawa lah keluarga dan kawan-kawan datang ke Pusat Borong GM Klang! Waktu operasi mereka ialah dari 10 pagi hingga 7 malam untuk hari biasa dan 10 pagi hingga 8 malam untuk hari minggu dan cuti umum. 


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/farhan-asri-sakan-borong-raya-video