[VIDEO] Excited Nak Makan Pasta, Tiba-Tiba Timbul Telur Lipas ‘Berjemaah’ Dalam Kuali

![|650x572](upload://jIXGlAP2RB9E6TqTolKoYMxiHbx.jpeg)

Keterujaan seorang lelaki yang mahu menikmati hidangan pasta bertukar ‘tragedi’ yang tidak akan dilupakan apabila muncul telur lipas dan anak lipas di dalam kuali ketika dia sedang merebus pasta tersebut.

Banyak telur lipas timbul

![|650x1072](upload://k6KS8aTpE44wdKaWjd0EaEI58Ht.jpeg)

Video tersebut dimuat naik di TikTok oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai sm0ril, di mana dia berkongsi pengalamannya merebus pasta dengan menggunakan kuali lama. Ujarnya, kuali tersebut telah dibasuh terlebih dahulu sebelum digunakan.

Namun, sesuatu yang tak terduga berlaku ketika sedang merebus pasta tersebut. Alangkah terkejutnya apabila tiba-tiba muncul telur lipas serta anak lipas yang banyak di dalam kuali tersebut.

Tadi aku masak, kuali ni dah lama tapi aku dah basuh. Aku tengok keadaan dia cantik je, sekali aku kacau banyak telur lipas

Aku syak memang anak lipas, ye memang anak lipas

Lebih menghiburkan lagi apabila dia tertanya-tanya daripada mana datangnya telur lipas dan anak lipas tersebut sambil menyanyi lagu Oggy and The Cockcroaches kerana pastanya yang dipenuhi telur lipas.

Video penuh:

@sm0lril AKU GIVE UP LA MASAK2 CAMNI? #dbannedtroops #rilucuk #fypmalaysia?? #fyp? #rilmemasak #xyzbca ? Monkeyshine-JP – Lt FitzGibbons Men

Sabar ye dugaan

![|650x834](upload://2bV1hO62B1V7gBz9EtrukrcIxm.jpeg)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan video yang dikongsikan. Malah ada juga di antara mereka yang berkongsi pengalaman yang sama seperti pemuda berkenaan.

Sumber: sm0lril


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-excited-nak-makan-pasta-tiba-tiba-timbul-telur-lipas-berjemaah-dalam-kuali