[VIDEO] Dua Bulan Tak Bayar Sewa, Tuan Rumah Terkejut Buka Pintu Bilik Penuh Sampah!

![|650x461](upload://k2fI1qQ5N9BZCo8e6HzKzME1P6v.png)

Bagaikan mimpi ngeri buat pemilik rumah jika mendapat penyewa yang pengotor dan ‘culas’ untuk membayar sewa seperti mana yang telah dijanjikan. Mahu tak mahu, pemilik rumah terpaksa akur dan reda dengan apa yang telah terjadi.

Artikel Berkaitan: Dah Bagi Duduk Free Pun Tak Boleh Nak Jaga…

Artikel Berkaitan: Tinggal Bil Elektrik RM3k, Rumah Penuh Tahi, Tuan Rumah Mana Yang Tak Geram Bila…

Artikel Berkaitan:  ‘Muka Cantik, Ayu Tapi Pengotor!’ – Pelajar Kongsi ‘Housemate’ Beri ‘Hadiah’ Sebelum Berpindah

Penyewa pengotor

![|650x311](upload://llNjkGkbIIlFpn8C8u9kTzCjub1.jpeg)

Seperti video dikongsi seorang gadis berasal dari Indonesia, di laman TikTok tampil menceritakan nasib ‘malang’ menimpa tuan rumah apabila bilik rakan serumahnya yang ditimbuni dengan sampah sarah. Menerusi video pendek dikongsi jelas kelihatan bilik tersebut yang disifatkan sebagai kotor dan tidak sesuai untuk dijadikan tempat untuk berehat.

Ya Allah, ini keadaan bilik kakak yang menyewa dengan saya. Sudah dua bulan dia tidak membayar (sewa).

Apa yang lebih menyakitkan hati, apabila penyewa tersebut dipercayai melarikan diri selepas gagal membayar sewa selama dua bulan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut ‘geli’ melihat keadaan bilik tersebut dan mendakwa penyewa tersebut mempunyai masalah Hoarding Disorder (penyakit sayang untuk buang barangan lama).

Pintu bilik ini tidak pernah dibuka. Akhirnya ia dibuka bersama tuan rumah. Kami terkejut melihat keadaan bilik ini.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih 3.6 juta tontonan dah memperoleh 160k tanda suka.

Video penuh:

@noviinestya Mirisssa! #fyp #kos #fypsoundsss ? Kulo pun angkat tangan – Safira Inema

Pening kepala tengok!

![|650x170](upload://lg2X7TLSs27jW0XFCRadxZ3Jkf1.png)

![|650x212](upload://8Jb0knjh9Z3gzxpLomaS560VpdI.png)

![|650x160](upload://ep8fpq8xTeF6DNAvPdPSe7wlKA9.png)

![|650x181](upload://nFYcbFNAxLoU3BY99DoEdoRD8Is.png)

![|650x208](upload://mwk4H9aWZ9RDDNWM2hL6QxdQotj.png)

Sumber: Noviinestya


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/video-dua-bulan-tak-bayar-sewa-tuan-rumah-terkejut-buka-pintu-bilik-penuh-sampah