[VIDEO] Didakwa Pernah Berkahwin, DS Mahadi Tampil Jelaskan Dakwaan Heliza Helmi Sebagai Isteri Kedua

![|650x467](upload://7f3e5hIOcUzbA5iRQM57Mjdz8v8.png)

Umum mengetahui, penyanyi Heliza Helmi telah sah bergelar isteri kepada usahawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dengan sekali lafaz pada 1 Januari lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Artikel berkaitan : Umie Aida Buat Majlis Kesyukuran Buat Heliza, Suami Buat Kejutan Datang Bawa ‘Crown’ – ‘Firasat Seorang Suami Buat Isterinya’

Artikel berkaitan : [VIDEO] Cipta Lagu Sebelum Tahu Siapa Jodoh, Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Lagu Ciptaan Heliza Helmi

Artikel berkaitan : Dengan Sekali Lafaz, Heliza Helmi Sah Bergelar Isteri Kepada Usahawan

Setelah seminggu mendirikan rumah tangga, ada pula yang mendakwa bahawa suami kepada Heliza merupakan seorang duda dan dikatakan pernah berkahwin sebelum ini.

Ini perkahwinan kedua suami Heliza?

![|650x389](upload://wzBHVKA6got7eoW1CF8F3faj1Sq.png)

Ketika ditemu bual dalam rancangan Wanita Hari Ini, pengacara Uyaina Arshad sempat mengajukan soalan ‘panas’ mengenai status Datuk Seri Mahadi kerana terdapat sesetengah netizen mendakwa bahawa suami Heliza itu pernah berkahwin.

Datuk Seri ada yang berkata ini adalah perkahwinan kedua. Mungkin disini adalah peluang dan ruang yang mana Datuk Seri dan isteri, Heliza Helmi memberi penjelasan.

Walau bagaimanapun, usahawan berusia 38 tahun itu mengatakan bahawa mereka sendiri agak terkejut apabila membaca komen-komen seperti itu dan menegaskan bahawa dia masih lagi teruna serta bujang terlajak.

Bila saya tengok komen-komen tu saya sendiri yang terkejut. Heliza pun terkejut ‘eh kahwin dua? Pernah kahwin ke sebelum ni?’ Tak, jadi saya nak klarifikasikan semua ini sebelum kahwin saya ni teruna bujang trang tang-tang so bujang terlajak lagi lah.

Umur 38 baru lah dapat bidadari syurga yang telah diizinkan oleh Allah untuk dijadikan suami dan isteri. Semoga kami berkekalan till jannah insyaAllah.

Video penuh :

@ummupresint17 Ini Perkahwinan Kedua DS Mahadi? Dengarkan Penjelasan DS Mahadi..Masha Allah #mahadibz #helizahelmi #fyp? #fyp #hnmtilljannah #tiktokmalaysia ? Syukur (Alhamdulillah) – UNGU

‘Kenapa menyibuk sangat sampai ke situ’

![|650x811](upload://y5imbAGnb2sS7G6GGORxbhSO6Sw.jpeg) ![|650x840](upload://96a7EO4u2jHVHQ1v9UP8G0SIZIX.jpeg)

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet tidak bersetuju mengenai dakwaan berkenaan kerana ia merupakan perkara peribadi bagi pasangan berkenaan. Malah ada juga di antara mereka turut memerhatikan tasbih digital yang dipakai oleh pasangan merpati dua sejoli itu.

Sumber : ummupersint17


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-didakwa-pernah-berkahwin-ds-mahadi-tampil-jelaskan-dakwaan-heliza-helmi-sebagai-isteri-kedua