[VIDEO] Dakwa Ditinggalkan Anak, Warga Emas 93 Tahun Terpaksa Hidup Sendiri Di Tepi Jalan

![|650x307](upload://sBxxjqe8WlKyFeS0wwxTn40kkQC.jpeg)

Ibu bapa merupakan insan yang sangat bermakna dalam hidup kita. Kasih sayang dan pengorbanan mereka dalam membesarkan anak-anak tiada bandingan. Namun, lain pula kisah seorang lelaki warga emas berasal dari Indonesia yang mendakwa telah ditinggalkan oleh anaknya sendiri sehingga terpaksa tidur di tepi jalan.

Didakwa ditinggalkan oleh anaknya

![|650x518](upload://z7MPJ0v42isqP4uX6DvMX4vEG2m.jpeg)

Menerusi video yang dimuat naik oleh Fakta Indo di Instagram, memaparkan seorang pemuda terjumpa dengan seorang warga emas yang berusia 93 tahun di sebuah jalan dalam keadaan hujan lebat.

Lebih menyedihkan lagi apabila warga emas berkenaan hanya berbekalkan pakaian yang ada serta payung biru ketika dia sedang berteduh. Apabila ditanya tinggal dengan siapa, lelaki itu menjawab yang dia tinggal sendiri.

Tak ada. Saya tinggal sendiri.

Lapor Merdeka.com, warga emas tersebut didakwa telah ditinggalkan oleh anaknya sendiri dan terpaksa tidur di tepi jalan sejak bertahun lamanya. Dia dikatakan terpaksa menunggu belas kasihan daripada orang ramai untuk memberinya bantuan seperti keperluan asas dan makanan.

Pakcik ini sudah bertahun-tahun hidup sendiri kerana ditinggalkan oleh anaknya. Tak ada tempat tinggal dan setiap hari hanya menunggu belas kasihan dari orang ramai.

Dah pukul 11 malam masih tak makan lagi

![|650x464](upload://siPjitYNllZSjnREU504VgZUh9l.jpeg)

Walaupun sudah pukul 11.00 malam, namun lelaki warga emas ini masih belum makan dan sudah tidak mampu untuk berdiri dalam masa yang lama kerana faktor usianya.

Sedih melihat keadaan warga emas berkenaan, pemuda itu menghulurkan sedikit wang kepadanya. Pakcik tersebut berterima kasih kepada pemuda terbabit dan rasa bersyukur kerana diberikan rezeki.

Dalam pada itu, pemuda tersebut turut berharap agar anak-anak pakcik itu sedar dengan apa yang telah mereka lakukan kepada bapa mereka.

Kepada anaknya : Saya tak tahu bagaimana keadaan awak, tapi macam mana awak sanggup biarkan orang tua awak jadi macam ni?

‘Pakcik yang berusia 93 tahun ini hidup sendiri’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fakta Indo | Berita Indonesia (@fakta.indo)

Sumber : fakta.indo, Merdeka.com


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-dakwa-ditinggalkan-anak-warga-emas-93-tahun-terpaksa-hidup-sendiri-di-tepi-jalan