[VIDEO] Beri Alasan Pergi ‘Outstation’, Isteri Serang Majlis Kahwin Suami Dengan Madu

Seorang wanita di Jakarta, Indonesia bertindak ‘menyerang’ majlis perkahwinan suaminya bersama wanita lain bagi menggagalkan majlis lelaki terbabit.

Isteri serang majlis kahwin suami

Menerusi video yang dimuat naik oleh M Ridwan di TikTok, memaparkan wanita berkenaan membawa ahli keluarganya menyerbu majlis perkahwinan suaminya bersama bakal isteri kedua.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan si isteri bergegas masuk ke dalam rumah bakal ‘madunya’ ketika majlis sedang berlangsung dan bertemu dengan pengantin perempuan untuk memberi amaran

Saya isteri kepada Yusuf, tolong jangan teruskan. Syaa akan tuntut semua harta Yusuf yang ada.

Dalam pada itu, wanita terbabit turut mengakui bahawa dia tahu lelaki berkenaan sudah mempunyai isteri, namun masih ingin meneruskan perkahwinan mereka.

Difahamkan, suaminya memberi alasan untuk pergi ke Surabaya kerana ada urusan penting, namun rupa-rupanya dia pergi ke Lumajang untuk berkahwin kali kedua.

Alasan suami nak pergi ke Surabaya. Rupanya nak nikah kat Lumajang. Sebenarnya si isteri tak tahu perkara itu dan ada orang yang datang rumah beritahu perkara sebenar.

Isteri nak lapor polis

@supriyanto2930? suara asli – Supriyanto – m ridwan

‘Kesian anak dia’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong tindakan si isteri. Malah, ada juga di antara mereka yang berasa kasihan dengan nasib anak kerana perlu melalui perkara tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi dua minit 50 saat itu meraih lebih 15 juta tontonan dan mendapat lebih 943 tanda suka di TikTok.

Sumber : supriyanto2930, Tribunnews


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-beri-alasan-pergi-outstation-isteri-serang-majlis-kahwin-suami-dengan-madu