[VIDEO] Bercium & Berpelukan Dengan Teman Lelaki, Yazmin Aziz Undang Kecaman Netizen

Gara-gara video aksi mesra dengan teman lelaki yang merupakan pemain import kelab TRW Kelantan FC, nama penyanyi Yazmin Aziz kembali panas di media sosial.

Artikel Berkaitan: Yazmin Aziz Sedih Foto Berbikini Jadi ‘Highlight’, Bukan Persembahan Di Monaco

Hangat bercinta

@nixonguylherme9 Always with you my baby ?? #fyp #tiktokmy #love ? Angel Baby – Troye Sivan

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di TikTok, Yazmin dan teman lelakinya, Nixon Guylherme Brizolara berkongsi momen berpelukan dan bercium tanpa segan silu.

Penyerang kelahiran Brazil itu turut menulis kapsyen; ‘Always with you my baby’ dengan berlatar belakangkan muzik ‘Angle Baby’ nyanyian asal Troye Sivan.

Selain itu, pemilik nama Yazmin Aldwin Abdul Aziz turut meninggalkan komen; ‘ I love you.’

Difahamkan, momen bahagia itu dirakam ketika pasangan ini bersiar-siar di Batu Caves Gombak dan Genting Highland Pahang.

Bukan Islam ka?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula meninggalkan pelbagai reaksi. Ada segelintir yang mula mempertikaikan agama bekas peserta Big Stage musim keempat.

Namun, ada juga warganet yang memohon agar mendoakan yang baik-baik untuk pelakon filem Bunga dan Kayu.

Sumber: TikTok @nixonguylherme9


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-bercium-berpelukan-dengan-teman-lelaki-yazmin-aziz-undang-kecaman-netizen