[VIDEO] Baru 3 Tahun Dah Pandai Order KFC – ‘Original Ayam Ketul, Ayaq Milo’

![|650x388](upload://apjscdvqIPEE89BS0XhRAtnxupf.jpeg)

Melihat keletah dan fasihnya si anak ketika berkata-kata seawal usia tiga tahun sememangnya sesuatu yang para ibu bapa nantikan.

Artikel berkaitan: [Video] Bagi Alasan ‘Terpaksa’ Keluar Sebab Nak Ambil Kucing, Ibu Geli Hati Tengok Gelagat Anak

Artikel berkaitan: Lama Terkurung Di Rumah, Celoteh si Kecil ‘Mengadu’ Pada KKM Bikin Terhibur – ‘Aku Mau Pergi Pantai, Boleh Ka?’ 

Pandai order KFC

![|650x362](upload://8T0Wby28fWD5SdzX6ajLceSwY0J.jpeg)

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita di TikTok dikenali sebagai Rose, memaparkan seorang kanak-kanak sedang memesan makanan segera iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC) melalui panggilan bersama ayahnya yang ketika itu sedang beratur di dalam restoran KFC tersebut.

Lebih menarik lagi apabila kanak-kanak cilik itu memesan makanan segara tersebut dengan sendirI tanpa bantuan ibunya. Macam dah biasa order! Dengan mimik muka dan juga slangnya sekali gus membuat orang di sekelilingnya tergelak.

Original ayam ketul, ayaq milo, kentang, sayuq dan ubi. Ok bye

Setelah selesai memesan makanan tersebut,si cilik itu kemudiannya terus menutup panggilan itu sebelum sempat ayahnya menghabiskan percakapan.

Video yang berdurasi selama 15 saat itu meraih lebih 1.7 Juta tontonan dan mendapat lebih 130 ribu tanda suka di TikTok.

Video penuh:

@mipanzeze ayaq mellloww jangan lupa #tumpanglalufyp #fyp #masukberanda #foryou #kfc ? original sound – rose

Comelnya, pandai order!

![|650x794](upload://HFco3d4yrl3CRxyqHNCUx9yqLY.jpeg)

![|650x439](upload://4hqlZgiQ8EE26NPqPUVG8lZ5VKv.jpeg)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kebijaksanaan dan kecomelan kanak-kanak tersebut. Malah ada juga di antara mereka yang berkongsi pengalaman yang sama ketika memesan makanan.

Sumber: Rose


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/video-baru-3-tahun-dah-pandai-order-kfc-original-ayam-ketul-ayaq-milo