[VIDEO] Azhar Sulaiman Mengaku Tak Mudah Tegur Anak Berpakaian Seksi, Nak Rotan Dah Cukup Besar

Anak kepada aktor Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sering terpalit dengan isu penampilannya yang gemar berpakaian seksi.

Baru-baru ini, Leona mengundang kecaman selepas menari bersama rakan di TikTok dengan memakai gaun ketat dan agak terdedah pada bahagian dada berwarna merah jambu.

Artikel Berkaitan: Anak Azhar Sulaiman Wakil Malaysia Main Hoki Ais, Netizen Puji Hensem Andika Rees

Teguran dah dibuat

@leonsmeonss toilet toks >>> @myruhhhh ? TIMBER DUCKHEAD EDIT – Duckhead Dj Kasur

Menurut Azhar, 50, dia sebagai bapa sudah menjalankan tanggungjawab sehabis mungkin dalam menegur anak-anak sama seperti rakan seindustri, Kaza dan Normah Damanhuri.

Kata arkitek terkenal ini, dia merasakan tidak sesuai untuk merotan atau menjerit kerana anak daranya itu sudah besar panjang.

Saya macam Kaza dan Normah Damanhuri… kami adalah ibu bapa, anak-anak kita bukan kecil lagi. Macam anak mereka pun dah besar juga. Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita beri teguran.

Tetapi apa saja yang kita tegur itu, bukan mudah… kita mengharapkan anak-anak akan fikir lebih jauh mengenai impak terhadap keseluruhan bukan hanya pada diri mereka tapi keluarga dan ibu bapa.

Kita tak boleh merotan atau menjerit kepada anak-anak sekarang… apa ntah lagi, mereka sudah besar. Jadi kita doakan yang terbaik untuk anak-anak.

Azhar ditemui ketika majlis tayangan dan pelancaran filem terbaharu, Rompak yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur.

Anak tak ikut jejak

Dalam pada itu, pelakon drama Isteri Tuan Ihsan turut ditanya sama ada anak-anak tertarik untuk menceburi industri seni. Jawabnya, tidak ada yang menunjukkan minat untuk mengikuti jejak langkahnya kerana masing-masing mempunyai profesion yang berbeza.

Saya tak rasa anak akan ikut jejak langkah saya masuk industri sebab dia akan menjadi seorang peguam. Apa yang dia lakukan sekarang hanya sebab sekarang trending orang main TikTok.

Dia pun tak ada ke arah industri seni. Kembar dia pun dah mula bekerja. Leona pun akan sambung belajar dalam bidang perundangan. Kakak dia pun dah habis belajar dan mahu jadi ahli politik.

Tiada anak-anak yang akan ikut jejak langkah saya. Bagi saya, isteri antara punca utama kejayaan anak-anak ini. Dia letakkan usaha keras untuk anak-anak.

Untuk rekod, Azhar dan Chempaka Emalin Pahamin mempunyai dua anak kembar lelaki dan perempuan iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin serta anak sulungnya, Kasih Leia Ixora.

Sumber: Instagram @kasihirisleona


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/sebagai-ibu-bapa-sudah-tentu-beri-teguran-azhar-sulaiman-respon-isu-anak-menari-dengan-berpakaian-menjolok-mata