[VIDEO] Andi Bernadee Terpaksa Hentikan Nyanyian, Risau Penonton Terkena Percikan Api Semasa Kerumun

Penyanyi Andi Bernadee terpaksa menghentikan persembahan buat seketika selepas penonton mula kerumun sehinggakan mengundang bahaya.

Artikel Berkaitan: Andi Bernadee Spill The Tea, Bagi Bayangan Identiti Suspek – ‘Kalau Kau Rasa Tak Dihargai Tutuplah Mata’

Kerumun kawasan tembakan api

@andibernadee2020Harap adik tu x de apa apa ?? original sound – andi bernadee

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Andi memenuhi undangan nyanyian di Bintulu, Sarawak pada sambutan Hari Malaysia (16 September).

Ketika sedang menyanyikan lagu Donde, Andi, 32, meminta agar muzik diberhentikan kerana orang ramai sudah melintasi kawasan ‘pyro firework.’

Stop.. stop (muzik). Depan ni ada api sebab itu tak boleh rapat. Belakang lagi sikit. Bahaya bahaya!

Pemilik nama Andi Azrul Andi Mapangile turut berharap agar kanak-kanak perempuan yang berdiri di kawasan api itu tidak cedera.

Utamakan keselamatan

Walau bagaimanapun, ada netizen yang menganggap tindakan Andi itu poyo dan membandingkan dengan situasi penyanyi antarabangsa.

Namun, rata-rata peminat memuji kepantasan pelakon drama Melastik Ke Hatimu mengawal penonton serta mementingkan keselamatan daripada berlaku insiden yang tidak diingini.

Sumber: TikTok @andibernadee2020


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/video-andi-bernadee-terpaksa-hentikan-nyanyian-risau-penonton-terkena-percikan-api-semasa-kerumun